Mesra bila bersama
Rindu bila berjauhan
Nasihat bila terleka
Tegur bila tersilap
Tiada gurau yang berlebihan
Tiada bicara yang sia-sia
Dan semuanya kerana Allah. Hati yang bertaut kerana Allah akan terasa manisnya.
Allahlah matlamat utama hidup kita. Kerana hidup ini adalah perjalanan menuju Allah. Hidup di dunia ibarat seorang musafir yang berhenti sebentar berteduh di bawah pokok kemudian menyambung kembali perjalanannya.
"Sebenar-benar teman ialah yang mendekatkan diri kita pada Allah,
Sebenar-benar musuh ialah yang menjauhkan diri kita pada Allah"
Jadi, siapakah kita pada teman kita?
credit to: kak alawiyah, kak dianah, muhtar suhaili