Hubungan Lelaki dan Perempuan (2)
Tut,tut,tut,tut..
1 message received.
“ jangan lupa qiyam malam ni..”
1 message received.
“esok kita puasa sunat sama-sama ya..”
Adakah wujud istilah cinta kerana Allah sebelum perkahwinan? Berdasarkan dua contoh sms di atas yang mana satukah kalian rasa dua jiwa yang bercinta kerana Allah? Atau sms di atas cuma ‘dosa berulam pahala’? (frasa ‘dosa berulam pahala’ ini dipetik daripada saifulislam.com)
“ Kesenangan dunia yang paling baik ialah isteri yang solehah. Kalau engkau melihat kepadanya, maka engkau merasa gembira, dan kalau engkau berpergian maka ia menjaga nama baikmu” (Muslim dan Ibnu Majah)
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” (Ar-Ruum:21)
Dalam hadis dan firman Allah di atas, jelas sekali disebut “kesenangan dunia yang paling baik ialah isteri yang solehah”, bukan awek, girlfriend, atau makwe yang solehah. Dan juga disebut “bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri”, bukan awek, girlfriend, atau makwe dari jenis kamu sendiri. Dan juga disebut, “dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan” bukan di antara pakwe dan makwe, atau boyfriend dan girlfriend….
Inilah antara rahmat yang disebut di dalam al-quran yang Allah telah berikan kepada kita hambaNya. Rahmat untuk kita menyalurkan fitrah pada cara yang betul. Inilah betapa kasih dan sayangnya Allah pada kita, memberi kesempatan untuk kita merasa kesenangan dunia dengan menanamkan perasaan mawaddah dan rahmah dalam hati suami dan isteri. Maka siapakah kita untuk membelakangkan Allah?
Cinta itu indah…cinta itu fitrah…
Namun, cinta yang halal dan sah hanyalah selepas perkahwinan.
Sebagai manusia biasa, tidak dapat tidak memang kita akan jatuh hati atau mempunyai perasaan pada seseorang. Tapi, sebelum tiba masanya dan selagi kita belum bersedia untuk membina baitul muslim, kuatkanlah diri dan bermujahadahlah untuk menepis perasaan-perasaan itu. Lawanlah bisikan-bisikan perasaan itu dengan sepenuh kekuatan yang ada. Mujahadah itu tidak lama…
Dalam waktu bermujahadah itu, tingkatkanlah kecintaan pada Allah, perbaikilah peribadi, suburkanlah akhlak yang mulia, tanamkanlah sifat-sifat terpuji dan kerahkanlah sepenuh tenaga untuk islah dan dakwah. Moga-moga keperibadian yang tinggi, akhlak yang mulia, dan sifat-sifat terpuji itu dapat kita jadikan modal untuk membina baitul muslim yang diredhai.
Sesungguhnya tulisan ini benar-benar dan sungguh-sungguh ingatan yang terutama untuk diri sendiri… Sekali lagi, tulisan ini benar-benar dan sungguh-sungguh ingatan yang terutama untuk diri sendiri…sebarang teguran untuk tulisan ini amat dialu-alukan. diri ini cuma sedikit ilmunya. segala yang baik itu datang dari Allah jua. dan maaf juga atas unsur-unsur ke'poyo'an yang melanda tulisan ini. maaf, maaf, maaf..
Hati ini rindu..
Namun, rindu ini palsu..
Kalau kita tidak bercinta, kalau kita tidak berkenalan, tidak ber’sms’, berborak di telefon, keluar sama-sama, macam mana kita nak mengenali hati budi pasangan kita? Inilah antara soalan yang ditanya oleh teman-teman sekeliling dan diri sendiri sewaktu zaman ‘jahiliyah’ dahulu. Jadi, bagaimana ya?
Bersambung…