Thursday, May 28, 2009

Pesanan dari Penaja

Assalamualaikum semua!!

Saya dah nak pi umrah insyaAllah, kalau tak de pape problem isnin ni. 1 jun..

Balik ke Terengganu dan pegi keja 17 jun.

Doakan perjalanan pergi dan pulang kami selamat dan diberkati ya.

Mintak maaf semua!

Shana, yanti, ann, muni, kak op, yati, sitot, haja, lutfi…

Jumpa lagi insyAallah =)

-Nurul

Tuesday, May 26, 2009

Dengan rasa rendah diri

Kawin masa sambung belajar memang payah. Banyak cabaran. Banyak benda teknikal yang tak tercakai akal AKU.

Maaf, mulanya sudah dapatkan alamat dari Azhane. Mahu saja pos pada semua. Tapi apakan daya. Nak pergi pejabat pos pun tak sempat. Malah nak susun disiplin tandas dua kali sehari pun sudah tidak sempat. Maaf kotor sikit. Kalau tak nak take serious benda kotor tadi. Ambil sebagai analogi sahaja. Boleh?

Ini lah.

Untuk pendekkan perenggan, aku dengan ini melancarkan jemputan walimah fasa satu.

Walimah fasa satu ini bakal berlansung di Ipoh. Pada 20 Jun 2009. Pada 19 Jun 2009 aku bakal bernikah. Boleh datang dua dua majlis. Tapi, untuk hari nikah tu, aku takut kalau benda benda tak expect terjadi, seperti aku mungkin secara tak sengaja termenangis ke, jadi macam agak segan. Sesungguhnya, aku amat berbesar hati kalau kamu semua datang untuk semua majlis. Susah senang kita bersama kan? Happy ker. Nangis ker?

Ha, sekadar pengumuman, hari nikah nanti baju tema color putih dengan pink. Hari kenduri nanti baju merah darah. Kalau siapa siapa nak dapat seri pengantin, faham faham lah yer.

Aku saja tulis bagi tambah poyo. Sebab aku sebenarnya sangat takut ni. Tak senang duduk. Tak senang hati. Tak senang kepala. Tiba tiba rasa macam jantung nak pecah.

Aku simply jadi paranoid bila ada kawan aku tanya bab kitar haid semua. Aku mana tau?

Jadi aku mula google lah.

Ni tak masuk lagi bab financial after marriage. Bab nak kasi komitment kerja masing masing dan keluarga masing masing.

Aku fikir, hari 21 Jun 2009 tu aku nak kidnap Dayah pi Cameroon Highland ka untuk meeting dan dating. Bincang balik cara nak susun hidup. Aku nervous ni.

Dah lah tarikh 19, 20 dan 21 Jun 2009 tu boss aku buat Conference TB. Student kesayangan yang dibenci pulak tak boleh datang. Sila rujuk perengan pertama untuk faham situasi pada perengan ni.

Korang doa lah yang terbaik lah yer.

Cis, entry nak jemput kenduri jadi entry luah hati pulak!
Maaf ya, tak dapat nak jemput dan kasi kad original. Aku ada simpan kad ni semua untuk korang. Kalau mcm kak sufi nak buat koleksi, aku ada few. 

Tgu jemputan part 2 di kedah pula nanti ya!


Thursday, May 14, 2009

Kau tak cool!

Nota kaki sebelah kanan: Korang tak cool sebab tak der akaun Facebook. Kampung. Dan tua ranum.

Ps; Kami (yati, arshana, saya dan isma) tak hot, tapi kami cool!
.
.
.
.
.
tak tercabar dengan amirullah ker?

Tahniah!

1. AZHANE telah mempunyai akaun FACEBOOK!

Sunday, May 03, 2009

Sebelum tidorr...

Masa begitu cepat berjalan. Sedari bila nak setting 'time and date' pd handphone yg br dibeli.
(^-^)V

Sudah 3 bulan di UKM. Sudah setahun tinggalkan UMT. Dan sy sudah berumur 25.
Isma sedang menghitung hari bergelar ibu, Fauzan akan bergelar suami dan Mun akan bertukar status jeng..jeng..(dr tutor ke student Msc UPM ler!)

Pada usia begini,sblm mata terlelap, sy akan fikir 'Apa yg telah aku kecapi/dapat/capai pd 25?'

Pengetahuan? Pengalaman? Perasaan?