Tuesday, May 26, 2009

Dengan rasa rendah diri

Kawin masa sambung belajar memang payah. Banyak cabaran. Banyak benda teknikal yang tak tercakai akal AKU.

Maaf, mulanya sudah dapatkan alamat dari Azhane. Mahu saja pos pada semua. Tapi apakan daya. Nak pergi pejabat pos pun tak sempat. Malah nak susun disiplin tandas dua kali sehari pun sudah tidak sempat. Maaf kotor sikit. Kalau tak nak take serious benda kotor tadi. Ambil sebagai analogi sahaja. Boleh?

Ini lah.

Untuk pendekkan perenggan, aku dengan ini melancarkan jemputan walimah fasa satu.

Walimah fasa satu ini bakal berlansung di Ipoh. Pada 20 Jun 2009. Pada 19 Jun 2009 aku bakal bernikah. Boleh datang dua dua majlis. Tapi, untuk hari nikah tu, aku takut kalau benda benda tak expect terjadi, seperti aku mungkin secara tak sengaja termenangis ke, jadi macam agak segan. Sesungguhnya, aku amat berbesar hati kalau kamu semua datang untuk semua majlis. Susah senang kita bersama kan? Happy ker. Nangis ker?

Ha, sekadar pengumuman, hari nikah nanti baju tema color putih dengan pink. Hari kenduri nanti baju merah darah. Kalau siapa siapa nak dapat seri pengantin, faham faham lah yer.

Aku saja tulis bagi tambah poyo. Sebab aku sebenarnya sangat takut ni. Tak senang duduk. Tak senang hati. Tak senang kepala. Tiba tiba rasa macam jantung nak pecah.

Aku simply jadi paranoid bila ada kawan aku tanya bab kitar haid semua. Aku mana tau?

Jadi aku mula google lah.

Ni tak masuk lagi bab financial after marriage. Bab nak kasi komitment kerja masing masing dan keluarga masing masing.

Aku fikir, hari 21 Jun 2009 tu aku nak kidnap Dayah pi Cameroon Highland ka untuk meeting dan dating. Bincang balik cara nak susun hidup. Aku nervous ni.

Dah lah tarikh 19, 20 dan 21 Jun 2009 tu boss aku buat Conference TB. Student kesayangan yang dibenci pulak tak boleh datang. Sila rujuk perengan pertama untuk faham situasi pada perengan ni.

Korang doa lah yang terbaik lah yer.

Cis, entry nak jemput kenduri jadi entry luah hati pulak!
Maaf ya, tak dapat nak jemput dan kasi kad original. Aku ada simpan kad ni semua untuk korang. Kalau mcm kak sufi nak buat koleksi, aku ada few. 

Tgu jemputan part 2 di kedah pula nanti ya!


10 comments:

Shana said...

emo giler. sy pun sedih bc. dun worry hajar. wpun sy takleh dtg (seyes nk dtg tau), sy doakan yg terbaik. ape2 pun ktorg tetap ada kan. dun worry. :)

Anonymous said...

yer, fren forever!
walau nurul tak dapat datang dan lutfi pun gatal nak wat trip sotong time nih gak

izra said...

Sy pun emo jgk Shana. Tak sangka Hajar yg blur dan bertelinga capang ni dah nak jd suami orang. All the best my fren.Semlm baru berura-ura nak g candat sotong jgk kat KT lps Fairuz ajak. Seriyes lupa psl kenduri Hajar. Ni nak kena revisit balik plan nak bercuti-cuti Malaysia sebelum tukar status bulan 7 ni. Don worry Pojan, kalaupun sy tak dpt dtg kenduri kat Ipoh, kenduri kat Yan mesti sy pegi. Tp mana bleh miss saat2 awk menitiskan air mata. Priceless tu..So we'll see ok? Doa sy sentiasa bersama-sama awak...
Cis, terpanjang plak komen ni. Patut buat entry je kan?

Nurhidayati Abd Aziz said...

Tuan,

Album tu simpan buat advance wedding gift je ya? :)

Ralat sungguh asyik miss kenduri kawan-kawan. Hu~

Yati wakilkan Kak Sofie, Ann, Mun, Nurul, Sitot, Lutfi pergi dan tolong ambilkan berkat untuk Yati, ok?

Cik Mun, Yati pun nak tukar status jugak hujung tahun ni!

^_^

lyana sidek said...

x larat~ emo habis.. xpe2, faham je. sebab ada sorang kawan tu siap lari lagi few days b4 nikah. sebab pening2 pasal post-marriage..hehe
yang terbaik dari Allah, insyaAllah =)

dekat yan nanti insyaAllah ambo maghi deh..

Opie said...

Hm, idea kidnap tu sgt bagus! ;p

You'll be fine lil bro, no worries ya. Insyaallah, one way or the other kitaorang semua akan datang walimah tu, in body or mind.. :)

Anonymous said...

in blood kak sofie

Isma Yanti said...

Didoakan semuanya berjalan lancar, insyaAllah...

Welcome to a whole new world.

Anonymous said...

TQ

lutfi lukman said...

Arkkk~ Pojan~ Sorii!! Aku igt ang kawin seminggu lps tu. huhu. Tu la, ang x serius dlm menghantar kad. haha. Segan la plak nak cancel candat coz zali dah beli tiket flight~ takpe2, bln 9 nye aku pegi, insyaAllah! ang kawin la elok2 ek. nangis tu cover2 sket. buat2 la potong bawang ke ape ke haha(^_^)