Salam 1 Biotech-ed,
Dimaklumkan yang para saintis USM sedang berusaha untuk menanam chip memori berkuasa lebih bagus dari kuda ke dalam badan saya. Mengikut laporan terbaru, project tersebut yang dibiayai oleh Geran F&N sepenuhnya telah mencapai proses akhir kajian.
Penanaman chip ini adalah bertujuan untuk mengatasi masaalah keciciran telefon genggam yang amat kronik. Untuk rekod, kes kehilangan ini adalah untuk kali yang ke 3 dalam sejarah peradaban dunia mengikut fakta-fakta yang anti-Darwinism. Kalau mengikut fakta Darwinism, kehilangan ini adalah untuk kali ke 319.
Memang annoying kan bila kamu hantar sms kepada saya, dan mendapat pulangan paku buat keras sms berbunyi;
"A ah...saya dah gosok gigi pagi tadi. Tapi lembu di ladang belum di bawa ke phisiotheraphy. Maaf ya, saya baru hilang phone(lagi), boleh saya tahu siapa kamu?"
Masaalah ini lebih pendemic apabila wajah saya sekarang makin popular di kompleks-kompleks membeli belah terkemuka di Kota Bharu, iaitu KB Mall. Abang yang menjual handset menjadi sangat bosan dengan saya kerana tiada pilihan selain melayan soalan saya yang amat klise;
"Abang, boleh tolong jual pada saya telefon genggam yang paling murah?"
Dengan pandangan hina, abang tersebut akan dengan kasarnya menunjukkan jenama telefon yang paling kodi seMalaya. Antaranya adalah Nokia Basic, atau yang terbaru, abang tersebut akan menjaja secara pukal telefon jenama CSL.
Oh, tidak ketinggalan, pekerja-pekerja Celcom juga seharusnya sudah cukup confuse untuk membezakan saya sebagai pekerja atau pelanggan, di sebabkan kekerapan menghadiri Celcom Center terdekat.
Saya berharap sanagt project chip ciptaan Prof Azkiya ini berjaya, dan ini secara tidak langsung dapat mengembalikan semangat dan keyakinan diri secara berseloroh untuk memiliki telefon canggih seperti HTC.
Maaflah, saya tidak berminat pada iPhone setelah membuat kajian ringkas.
Maaf juga kerana saya mungkin telah mengspoilkan mood korang secara bersistematik sejak korang semua hantar wish untuk kelahiran Azkiya, ucapan hari raya dan juga ucapan hari lahir. Memang banyak saya dapat sms masuk (bukan undi AF masuk tau), tapi saya mengalami sindrom keralatan untuk mereply disebabkan nombor-nombor yang tertera kebanyakan seolah-olah kod-kod rahsia yang dihantar oleh Anonymous.
Saya ada cadangan;
Jika mahu hantar sms pada saya (jika kamu masih belum berputus asa), sila gunakan format ini;
[Mesej kamu][jarak][nama kamu]
Ok, selamat beramal, dan ditekan kan di sini supaya membaca salam pada baris pertama entry ini dengan slow-slow, sebab takut tersalah baca dan sebut. Buruk padahnya.
Sekian, wasalam.