PS: Yati tak ingat Ann suka siapa, but I thought this picture pretty sums it up. :p |
Monday, March 07, 2011
Pesanan Khas untuk Azhane Ahmad
Thursday, March 03, 2011
fenol; molecular weight 94.11
Total RNA extraction Lopez–Gomez & Gomez-Lim. Nak pahamkan method nye ajer dah naik pening belum sebut lagi nak prepare reagents. It’s a manual extraction to begin with and it took about 3 days to get the result. Terpikir dan terus bertanya; why don’t we use the extraction kits instead? Co-sv replied; you will never learn anything. Oh well, actually I don’t give a damn about learning anything. Really... really... wanna finish the labworks.
Minggu pertama di lab baru dah mcm2 dugaan. Selain daripada postgrade students yang ‘berat mulut’ nak berkongsi, perangai undergrade students yang suka bergurau senda setiap masa wpun ketika bekerja ngan EtBr, tiada space untuk menulis apatah lagi untuk duduk rehat di bilik postgrade, makmal yang dibanggakan yuu key emm ini juga tergendala air-cond nya. Semua nya merimaskan!
Paling membuatkan rasa lebih cepat siap lebih baik insiden ketika sedang menyediakan larutan fenol (phenol solution). Puas membelek chemicals depan mata, yang terjumpa hanya phenol in white crystal form bukan dalam larutan seperti selalu. Emm..mcm mana yerk nak buat ni? Tertanya2 dalam hati sambil mata mencari postgrade student yang pernah melakukan method yang sama. Budak baru belajar lebih baik bertanya daripada buat kerja membabi buta. Macam mana yea nak wat solution phenol ni? Student Msc tersebut menjawab selamba; biasanya kitaorg timbang dulu pastu dissolve je la. Belum sempat bertanya lebih detail, dia dah blah meninggalkan.
Otak mula berkira2. Dissolve? Dalam solvent tertentu atau dlm air? Aiseh apsal tak ingat hah ms blaja organic chem. Takpe internet kan ada. Ahah..! Phenol dissolves in water moderately and form two layers. Dengan best nya, fenol berjaya dilarutkan. Timbul plak problem baru, nnt masa nak extract nak amik upper layer or bottom layer? Aduhh..ni yang wat tensen. Istilah budak baru belajar, mencari2 seseorang untuk diwawancara. Err..sorry eh. Lepas larutkan fenol nnt kena amik which layer for RNA extraction? Student phD memandang; lapisan atas. Owhh..thanks. Sedang berkira2 menuang kloroform, Student phD tersebut masuk ke lab. Ehh..you buat apa ni? Cepat je mulut berkata. Phenol solution. Kita tak buat phenol mcm ni maa...it’s equilibrated phenol. We used tris-HCL. Terkesima kejap. What?? Mahu jer mulut bercakap, **** tak kata ia equilibrated phenol, but then erm..tak pe lah, malas nak memanjangkan citer. Student phD tersebut memberi method equilibrated phenol. Agak banyak solution tris-HCl dengan molarity yg berbeza perlu dibuat.
Bekerjasama dengan student MSc yg baru, kebetulan menggunakan method isolasi yg sama membahagikan tugas. Dia sediakan tris dengan molarity berbeza manakala aku mencairkan fenol dlm waterbath. Hati ingin menduga students di makmal ini. Sekali lagi bertanya pada students MSc yang sama. Biasa nya kalo nak cairkan fenol, letak dalam apa? Dia menjawab. **** biasa nya timbang pastu letak dlm botol. Jangan campur dengan air. Lantas, schoot 1L menjadi pilihan di dlm waterbath sambil memasukkan fenol sedikit demi sedikit. Opps.. phenol can caused burn injury if they contacted with human skin. Student phD yang sama datang mendekati. Ehh..you buat apa ni? Ringkas menjawab. Larutkan fenol. Kenapa ehh you wat camni, bahaya maa kalo fenol kena kat kulit you nnt terbakar! Lantang suara nya semua students yang ada mendengar. Perasaan bengang bercampur malu. Annoyed pun ada skali. Bukan nya dilakukan sambil bergelak ketawa tanpa gloves and labcoat. Dalam fume hood lagi. Dah nak wat camne!?
Lantaran kebengangan, keputusan melarutkan fenol dilakukan dengan memasukkan sebotol chemical phenol sekali gus dlm waterbath. Huhh..amik sebijik!!..agaknya jelas terpamer kat muka, student Msc baru berkata. Kenapa diaorg tak bgtau awal2? Ni dah buat baru nak cakap. Hati berkira2 agaknya sebab diorg dah expert dan tak nak berkongsi tapi alhamdulillah, equilibrated phenol berjaya dihasilkan berkat kesabaran. Tapi selalu berdoa agar lebih sabar mengendali attitude students di makmal ini berbanding bebanan labwork itu sendiri.