Friday, January 20, 2006

Niat asal untuk membantu, mendengar dan memahami. Tapi akhirnya terkena diri sendiri. Empunya masalah sudah lega tapi pundak sendiri terbeban. Mahu saja dizahirkan, dilaungkan, diceritakan biar semua tahu biar semua dengar. Namun janji tetap janji, rahsia tetap rahsia. Ini amanah dari hamba Tuhan yang mahu dimengerti tapi tak mahu mengerti. Kasarkah tangan ini menulis? Keraskah hati ini menafsir? Tidak. Sudah tentu tidak. Ini cuma separuh bukan semua. “Berhati2 di sepanjang perjalanan.” Pesan orang lama usah dipandang sepi dah terkena baru sedar betul pesanannya.
Tak pernah rasa menyesal menolong orang. Material, sokongan, segalanya kerana dalam hati yakin Tuhan itu mengadili dan hati rasa sakinah. Tapi kali ini, benar2 menyedarkan bahawa pertolongan itu hanya untuk kepentingan peribadi yang ditolong. Akhirnya hati sendiri yang punah. Dari situ baru tahu niat baik perlu kena tempat. Membantu perlu kena orang yang betul. Hati ini sedar juga.
Akal memberi jalan, lupakan saja masalah yang diberi oleh hamba Tuhan yang ditolong tapi ingatkan bagaimana masalah itu bermula. Ini pengajaran yang amat sempurna. Syukur kerana dilimpahi kesedihan, kematian, dikhianati, dipergunakan kerana dari situ ada kebahagian mutlak walau hadirnya sikit dan sementara.

p/s: saya belajar istilah ‘sama tapi tidak serasi’ untuk pengalaman ini.

2 comments:

Nurhidayati Abd Aziz said...

Yati selalunya akan cepat teringat kata-kata Lajis dalam hal begini;

"neraka-neraka kecil itu perlu untuk terbitkan indahnya syurga"

Jamie pun kata, "only by sufferings can we be passionate".

:) Kuncinya sabar.

Ann said...

@ati
syukran untuk kata2 itu.sabar itu indah bukan?