Hubungan Lelaki dan Perempuan (2)
Tut,tut,tut,tut..
1 message received.
“ jangan lupa qiyam malam ni..”
1 message received.
“esok kita puasa sunat sama-sama ya..”
Adakah wujud istilah cinta kerana Allah sebelum perkahwinan? Berdasarkan dua contoh sms di atas yang mana satukah kalian rasa dua jiwa yang bercinta kerana Allah? Atau sms di atas cuma ‘dosa berulam pahala’? (frasa ‘dosa berulam pahala’ ini dipetik daripada saifulislam.com)
“ Kesenangan dunia yang paling baik ialah isteri yang solehah. Kalau engkau melihat kepadanya, maka engkau merasa gembira, dan kalau engkau berpergian maka ia menjaga nama baikmu” (Muslim dan Ibnu Majah)
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” (Ar-Ruum:21)
Dalam hadis dan firman Allah di atas, jelas sekali disebut “kesenangan dunia yang paling baik ialah isteri yang solehah”, bukan awek, girlfriend, atau makwe yang solehah. Dan juga disebut “bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri”, bukan awek, girlfriend, atau makwe dari jenis kamu sendiri. Dan juga disebut, “dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan” bukan di antara pakwe dan makwe, atau boyfriend dan girlfriend….
Inilah antara rahmat yang disebut di dalam al-quran yang Allah telah berikan kepada kita hambaNya. Rahmat untuk kita menyalurkan fitrah pada cara yang betul. Inilah betapa kasih dan sayangnya Allah pada kita, memberi kesempatan untuk kita merasa kesenangan dunia dengan menanamkan perasaan mawaddah dan rahmah dalam hati suami dan isteri. Maka siapakah kita untuk membelakangkan Allah?
Cinta itu indah…cinta itu fitrah…
Namun, cinta yang halal dan sah hanyalah selepas perkahwinan.
Sebagai manusia biasa, tidak dapat tidak memang kita akan jatuh hati atau mempunyai perasaan pada seseorang. Tapi, sebelum tiba masanya dan selagi kita belum bersedia untuk membina baitul muslim, kuatkanlah diri dan bermujahadahlah untuk menepis perasaan-perasaan itu. Lawanlah bisikan-bisikan perasaan itu dengan sepenuh kekuatan yang ada. Mujahadah itu tidak lama…
Dalam waktu bermujahadah itu, tingkatkanlah kecintaan pada Allah, perbaikilah peribadi, suburkanlah akhlak yang mulia, tanamkanlah sifat-sifat terpuji dan kerahkanlah sepenuh tenaga untuk islah dan dakwah. Moga-moga keperibadian yang tinggi, akhlak yang mulia, dan sifat-sifat terpuji itu dapat kita jadikan modal untuk membina baitul muslim yang diredhai.
Sesungguhnya tulisan ini benar-benar dan sungguh-sungguh ingatan yang terutama untuk diri sendiri… Sekali lagi, tulisan ini benar-benar dan sungguh-sungguh ingatan yang terutama untuk diri sendiri…sebarang teguran untuk tulisan ini amat dialu-alukan. diri ini cuma sedikit ilmunya. segala yang baik itu datang dari Allah jua. dan maaf juga atas unsur-unsur ke'poyo'an yang melanda tulisan ini. maaf, maaf, maaf..
Hati ini rindu..
Namun, rindu ini palsu..
Kalau kita tidak bercinta, kalau kita tidak berkenalan, tidak ber’sms’, berborak di telefon, keluar sama-sama, macam mana kita nak mengenali hati budi pasangan kita? Inilah antara soalan yang ditanya oleh teman-teman sekeliling dan diri sendiri sewaktu zaman ‘jahiliyah’ dahulu. Jadi, bagaimana ya?
Bersambung…

8 comments:
saya fikir dan rasa,
istilah cinta kerana Allah sebelum berkahwin itu wujud.
terpulang pada individu bagaimana untuk memikirkan dan melakukan sejajar dengan "cinta kerana Allah".
dua dua SMS kat atas tu bukan saya yang hantar, dan tak der kaitan dengan saya.
Jzkllh.
aik, hajar..sape pula yang kata sms tu haja yang punya.
Personally.....kalu kite ikhlas nak berdakwah....(tapi kena base on understanding jugak), apa salahnya SMS tuk ajak wat kebaikkan sama2.
Cumanya, biar berpada2, n jaga syar'iee. Biar kena pada tempat.
Pandai2 lah jaga hubungan kawan2.
Nasihat untuk diri sendiri gak.
faham maksud hajar, tapi takut kadang-kadang ada terselit unsur lain dalam sms yang berunsur tazkirah dan dakwah. even niat mula-mulanya baik, tapi takut itulah cara yang syaitan akan guna untuk lalaikan kita. dalam tak sedar hati jadi kotor dan berkarat. susah nak tetapkan hati untuk sentiasa letakkan Allah pada tempat pertama. lagipun kita ada ruang lingkup mad'u (sasaran dakwah)yang luas...yang penting ilmu dan tarbiyah perlu sentiasa dicari. untuk menambah yang dah sedia ada, dan untuk mengingatkan yang dah terlupa. dulu, saya sendiri pun tak tahu couple itu salah dalam islam. dulu bagi saya tak salah selagi kita tak bersentuhan, keluar ramai2 even tujuannya tak jelas atau sekadar sms. tapi bila belajar dari matrik sampai sekarang, saya jelas tentang hukumnya. saya faham kenapa Allah tetapkan begitu. kerana Allah sayang kita, fitrah itu dari Allah, dan hanya Allah yang memahami segalanya. Yakinlah dengan sepenuh keyakinan.
kemudian, ingatlah ikrar kita "sesungguhnya solat,ibadahku,hidupku, matiku hanya untuk Allah sekalian alam". pandangan peribadi dari jiwa yang lemah. Yang baik tetap datang dari Allah jua. Ingatan terutama untuk diri sendiri.wallahu'alam.
erm....macam maner kalu orang tak baca doa iftitah??? jadi diorang tak berikrar pun....
*sajer jer provoke :p
Hm... jadi macam forum pulak kat sini.
Pojan memang sajer jek tuh
*ann* lambat jawab sebab tengah cari benda untuk dijawab. hehe.hmmm... persoalan cinta sebelum kawin? entahla, bagi saya, kalau tak de fire extinguisher(betul ke eja ni?) jangan bermain dengan api. dari sedikit ilmu yang diperolehi, zina bukan saja dengan mata, bukan saja secara fizikal, tapi juga dengan hati. bimbang kalau-kalau dengan perasaan cinta akan timbul ingat-ingatan yang tak perlu. bimbang kalau-kalau kita terletak si dia di tempat pertama dan Allah di tempat kedua... itu yang saya maksudkan dengan mujahadah yang kuat. huhu, takut, takut..dan kita tahu kekuatan masing-masing. mintalah pertolongan dari Allah sentiasa. wallahua'lam...na'uzubillah.
Post a Comment