Friday, August 29, 2008

Sebelum Terlupa


Kepada adik-adik kesayangan akak di sini dan di perantauan, diucapkan
selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak!

..Semoga Ramadhan tahun ni, kita kurang ingat makan dan lebih ingat Allah..

Sunday, August 24, 2008

Happy Convocation Day!!!

Nak sambung buat assignment, tak dapat. Nak update blog, tak dapat. I keep repeating the tracks "Mentera Semerah Padi" by M. Nasir, my blood is simply bursting with spirit and excitements!

Walaupun jauh, walaupun tak ada dengan kawan-kawan, I feel as if I am able to fly and be there at heart with all of you guys!

It's really not a matter of the occassion itself, I'm not there, my family couldn't be there on behalf of me too, I am pretty sure they had somehow anticipate the event as much as I was. But nevertheless, today is definitely a cause for celebration, and I will not let my absence cease the spirit from flowing through my blood, and yours.

We had worked hard, with our sweat, tears, and blood. We had fought hard, struggled against all odds.

Now we made it, all of us. We're way steps ahead. We no longer dwell in our past, we're moving forward.

We made it!!!

CONGRATULATIONS!!!

Thursday, August 21, 2008

Pre-graduation Euphoria!


See u guys there!!!

Masalah...

Salam,

As everyone knows, kita semua akan convo ahad ni. For some of us, there's also makan-makan lepas tu. I think everyone has recieved a long message about Shana's request for a last gathering of btb (including ones going to post-convo party) sometime before or after the convo ceremony, but somehow we've been having problems with confirming attendence.

I have a suggestion.. Boleh tak kalau kita semua meet up for let's say minum petang or early dinner kat convest ke? the day before the convo... Tak lama pun takpe; we can meet around 5 pm and be back at the hotel/home before 9 pm, so plenty of time to get convo stuff ready. Lagipun, some people need to see me to get convo robes, right? ^^

So, please lemme know, via sms ke, comment ke.. Sebab on Monday after the convo, I cannot attend Shana's brunch. Akak keje and because I just started, takleh nak amik cuti... T.T

Sorry Arshana...

thanks guys!

Wednesday, August 20, 2008

Untuk kawan-kawan yang tak pernah tengok Yati pakai skirt...


Tadaaa!!!

Selamat berkonvo kawan-kawanku semua!

:)

Erm, kawan-kawan...

*shy*

Sukacita dimaklumkan bahawa kak opie ada blog baru di hutanhujanku.blogspot.com.

Sekian, time kacih...

Monday, August 18, 2008

Lalalala Kerja!

A smile is so contagious,
You could catch it like the flu.
When someone smiled at me today,
I started smiling too.
I passed around the corner,
And someone saw my grin,
And when he smiled I realized,
I'd passed it on to him.
I thought about that smile again,
And realized its worth,
A simple smile from you to me,
Could travel round the earth.
So if you feel a smile begin,
Don't leave it undetected,
Let's start an epidemic, quick!
And get the world infected!


Here's to hoping that today - my first day as an RA at UKM - goes without a hitch... However, should anything bad happens, I am counting on the rest of my friends to keep smiling and cheer me on!

Ganbattebayo minna san!

Wednesday, August 13, 2008

Tertekan

Boleh tak kalau aku taknak jadi RA kat UKM?

*sigh* dua tiga hari kebelakangan ni, benda tu je la yang berenang-renang kat dalam minda aku…

Kekadang aku rasa cam mengada-ngada. Dah diberi peluang, nak tolak plak. Bukannya benda tak elok. Dari segi pengalaman dan preparation untuk masters di FRIM nanti, RAship ni sangat membantu. Lagipun, supervisor aku dah chayo tahap cipan supaya aku dapat the best training (a.k.a dengan supervisor dia dulu la..) Jadi, siapa la aku untuk menolak.

Pernah tak bila orang bercerita sesuatu kat kita, kita pun kata dalam hati, InsyaAllah, tak jadi kat aku…? Dulu masa Ann bercerita tentang UMT, aku bersimpati. Tapi sebab bukan batang hidung aku yang kena, reaksi aku cuma setakat ‘berat mata memandang’ je la. Tapi la ni, bila dah terkehel hidung sendiri…

Isnin lepas, dengan berkobar-kobarnya aku ke UKM (bertemankan Myvi baru mama ^-^). Hajat di hati nak settlekan RAship, pastu berjinak-jinak dengan supervisor baru. Starting kat lobby fakulti, aku dibawa berjumpa penyelia projek. Orangnya tinggi, gelap dan serious. Aku rasa cam nak lari, tapi... Anyway, kat situ lagi dah rasa tak sedap hati. Katanya, aku belum boleh jadi RA sebab aku belum tamat belajar. Padahal, dalam permohonan dah aku sertakan surat dari KOS yang certify aku ni dah grad by confirmation of the senate… Kut tak faham bahasa inggeris tu, tak tau la plak...

Things got worse bila penyelia bawa aku jumpa supervisor. Awalnya, she seemed nice.. Sampai depan bilik dia, aku tinjau dia ada discussion dengan student. Aku diminta tunggu di ruang legar. So, aku pun tunggu la.. lima minit, sepuluh minit, lima belas, tiga puluh... Aku dah mula rimas. Dah pukul dua belas setengah, pukul satu aku ada appointment. So aku decide untuk pergi tunggu depan bilik dia.

The hall to her room was small and under construction.. there was dust and debris everywhere. Aku cari kerusi yang agak mulia, aku duduk berdepan dengan pintu. Dalam aku menunggu camtu, aku dapat dengar conversation dalam bilik dia. Nak kata discussion pasal benda penting, bunyinya macam bersembang.. Aku tingkatkan kesabaran. Semua yang lalu hall tu terpinga-pinga tengok aku. Aku rasa cam nak ketuk pintu; aku takut dia terlupa. Tapi, tangan aku tak tergerak. Lima belas minit dia keluar. Agak terkejut tengok aku tercegat depan bilik. Dia teragak-agak; aku pakat diam.

“Er, I have some students with me right now… why don’t you tunggu I kat depan sana. Are you in a hurry?”

Aku berdiri. Nak tak nak aku terpaksa beritahu dia yang aku ada errand lain selepas tu. Serta-merta mukanya menjadi 'kurang manis'. Agaknya dia expect jawapan yang lebih kepada that’s okay, my time is not important.. Dari body language nya aku tahu dia upset. Nada suaranya berubah. Tetiba je, “So bila you boleh start? Quickly! Sebelum puasa I nak settlekan semua. Time is money, you know!”

Berderau darah aku bila dengar. Aku datang jauh-jauh semata-mata nak jumpa dia.. Pendek cerita, sambil berdiri-diri depan ofisnya, dia minta email dan nombor hp aku. Suruh aku contact dia ASAP bila dah sedia. Yang paling sedih, dah nak tutup pintu baru teringat nak tanya nama. Sedang aku recite nama penuh, pintu pun rapat... Cukup la aku rasa macam sampah.

Haish..

Kalau ikutkan hati,
Aku nak baring dalam perahu dan hanyut terus dalam arus sungai Tahan..
Aku nak berenang kat Lubuk Tenor, nak bagi ikan makan tiap-tiap hari...
Aku nak main canoe, dimana untuk menggerakkannya aku hanya perlu menyanyi...
aku nak makan masakan Dabang, dan dengar petikan gitarnya yang sangat best sampai ke pagi...
Aku dah penat, aku nak rehat (walaupun hakikatnya aku tak mula pun lagi...)

*sigh* Orang kata, home is where the heart is. Kalau camni la, aku rasa aku kena tukar alamat...

Tuesday, August 12, 2008

Sebab Korang Semua Dah dan Akan Melalui Program Makan-Makan Yang Best, Maka Yati Pun Nak Berkongsi Cerita Di Sini Jugak

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Berhubung perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak JPA sydney akan menaja tiket kepada pelajar sempena Malam Gema Merdeka pada 23 Ogos 2008 jam 8.00-11.00 malam bertempat di Science Theatre UNSW.

Tajaan ini adalah termasuk tiket dan makanan (pack food) kepada pelajar-pelajar JPA yang hadir. Semua pelajar adalah digalakkan untuk menghadiri Malam Gema Merdeka ini bagi mengeratkan lagi hubungan di antara pelajar-pelajar di sekitar Sydney, di samping dapat bersama-sama dengan pegawai PPL Australia, Puan Haslina Abdul Hamid dan pegawai-pegawai dari Consulate of Malaysia untuk memberi sokongan padu kepada penganjur
yang menubuhkan sebuah persatuan pelajar di NSW.


Sehubungan dengan itu, para pelajar dikehendaki membalas e-mail ini dengan menyatakan "HADIR" atau "TIDAK HADIR" berserta dengan nama dan universiti bagi memudahkan pihak kami menyenaraikan kehadiran dan tempahan tiket. Sila beri maklum balas ini selewat-lewatnya pada 16 Ogos 2008. Kerjasama daripada semua pelajar amatlah kami hargai.

Maklumat lanjut berkaitan dengan Malam Gema Merdeka 2008 ini boleh didapati di laman web http://www.malamgemamerdeka.com/

Sekian, terima kasih.

Mohd Hamim Yasiran
(JPA Sydney)

P/S: Makan free, hiks :p
സയ അട സത് സോളന്,

അപ പെരസാന് യതി (൨൯ ഒക്ടോബര് ൨൦൦൮) ദാന് അര്ശന (൨൫ ഡിസംബര് ൨൦൦൮)സെലെബ്രറെബര്ത്ഡേ ദിഒരന്ഗ് കത റെമ്പറ്റ് പേരന്ടാന് സോരന്ഗ്-സോരന്ഗ്??

ഹഹചചത്ച

Monday, August 04, 2008

Here, There & Everywhere

Hiya folks! With Isma's wedding all wrapped up, what's up with the rest of us? No, I'm not hinting anything.

Looks like all of us are here, there and pretty much everywhere. So I thought I'd be good to update everyone about everyone else.
  1. Ann: Fellow at Universiti Malaysia Terengganu and doing her Masters on post-harvest modification at Universiti Kebangsaan Malaysia. But she's at home right now. :p
  2. Lutfi: Just wrapped up his RA at UIA and heading to Universiti Darul Iman. As a tutor.
  3. Nurul: At Universiti Darul Iman also. Last I heard it's something similar to being a lab demo. She's in charge of Food Microbiology.
  4. Kak Sofie: RA at FRIM and Masters at Universiti Kebangsaan Malaysia.
  5. Isma: Married and heading to Scotland.
  6. Hajar: At Universiti Sains Malaysia, Kelantan.
  7. Sitot: A possible Masters at UNIMAS. That's in Sarawak by the way.
  8. Mun: Tutor at Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
  9. Yati: Masters at Sydney.
  10. Me: Japan.

Sunday, August 03, 2008

lintas Lansung Perkahwinan ISMA dan SIR di KELANTAN


SIR BERSEMBUNYI DISEBALIK ISTERI TERCINTA.


"Jauh sket dari husband I boleh tak Pojan," kata Isma.


Tuan Caracol paling suka gambar nih, Isma nampak sangat manja.....


Dengan adik sir...


Masa ni, sir baru jer baru baling bunga kat peminat2 dari beranda....teka, sapa yang dapat bunga tuh??? Hehhaehae





Akak, biru tua tak sesuai untuk kamu.





Romantic kan bilik nih??