Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Berhubung perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak JPA sydney akan menaja tiket kepada pelajar sempena Malam Gema Merdeka pada 23 Ogos 2008 jam 8.00-11.00 malam bertempat di Science Theatre UNSW.
Tajaan ini adalah termasuk tiket dan makanan (pack food) kepada pelajar-pelajar JPA yang hadir. Semua pelajar adalah digalakkan untuk menghadiri Malam Gema Merdeka ini bagi mengeratkan lagi hubungan di antara pelajar-pelajar di sekitar Sydney, di samping dapat bersama-sama dengan pegawai PPL Australia, Puan Haslina Abdul Hamid dan pegawai-pegawai dari Consulate of Malaysia untuk memberi sokongan padu kepada penganjur
yang menubuhkan sebuah persatuan pelajar di NSW.
Sehubungan dengan itu, para pelajar dikehendaki membalas e-mail ini dengan menyatakan "HADIR" atau "TIDAK HADIR" berserta dengan nama dan universiti bagi memudahkan pihak kami menyenaraikan kehadiran dan tempahan tiket. Sila beri maklum balas ini selewat-lewatnya pada 16 Ogos 2008. Kerjasama daripada semua pelajar amatlah kami hargai.
Maklumat lanjut berkaitan dengan Malam Gema Merdeka 2008 ini boleh didapati di laman web http://www.malamgemamerdeka.com/
Sekian, terima kasih.
Mohd Hamim Yasiran
(JPA Sydney)
P/S: Makan free, hiks :p
3 comments:
???
Motif???
motifnya untuk berkongsi berita gembira,
walaupun jauh di perantauan, adalah jugak orang nak bg makan free. :p
Ati! nanti bagitau apa menu..
ada ke patut, jauh di perantauan nak sambut merdeka bagi makan 'packed food' jer. Haish!
Post a Comment