Wednesday, November 26, 2008

Terhangat di pasaran

Sabtu lepas, sempena meraikan pemergian mak abah aku ke tanah suci, Wan (nenek) buat kenduri tahlil dan doa selamat di kampung kami di Tampin, Negri Sembilan. Tah kenapa, walaupun sibuk menjaga atuk yang sakit, Wan tak mahu ambil katering. Dia berkeras juga nak masak hidangannya sendiri, dengan lauk pauknya yang empat lima macam; ayam merah, ayam gulai, ikan tenggiri masak lemak cili api, gulai labu, pajeri udang, acar nenas, bla, bla, bla... 

Dah anak menantu perempuannya ramai, kitaorang pun turutkan saja.

Pagi hari kenduri, selaku cucu sulung yang menurut perintah, aku dan Pura ikut mama ke pasar basah Tampin. Seperti biasa, aku la drebar. sampai di parking lot pasar (or tanah lapang berlopak, if you prefer), aku mula mencari slot sesuai, a.k.a tanah rata yang kering. Di sebelah kereta kami ada sebuah kereta Waja. Aku jenguk ke dalam, ada anak jantan belasan tahun melesa di driver's seat main handphone. Berdasarkan enjinnya yang masih hidup dan keadaan cuaca yang maha terik, sah la aircond dia full blast..

Sambil kunci pintu kereta, hati aku ngomel: Tu dia! Anak perempuan malang mana la yang duk pi biar mak dia mengangkut barang sorang-sorang dalam pasar tuh..

Mak aku bergegas ke dewan yang bingitnya macam hurungan ribuan lalat. Mulutnya pun lebih kurang sama, menyuruh aku cepat, cepat dan cepat lagi. Aku dan Pura berlari anak menurut, bila aku ternotice  sesuatu yang buat aku mati langkah.

Satu... dua... tiga... empat, lima... MasyaAllah!

Aku baru sedar, satu parking lot tu dipenuhi kereta yang setiapnya dihuni khusus kaum adam! Jangan nak kata anak orang; bapak orang, atuk orang pun ada. Semua dengan aksi-aksi tersendiri: yang membaca, yang membuta, yang bergayut.. Yang pastinya, semua nyaman dalam aircond. Tak macam anak, kakak atau isteri yang berasak-asak di luar.  

Aku memandang kelibat mama yang makin jauh. Ma, nasib kamu pun sama...

Sampai di pasar, aku order tujuh ekor  ayam, pastu terus ke area sayur. Mata aku meliar, mengira bilangan lelaki yang ada. Beberapa kerat yang aku nampak semuanya golongan veteran. Biasa la tu. Wan aku pun baru sekarang ini pandai ke pasar. Dulu, atuk yang menguruskan semua. Wan hanya tinggal memasak dan menghidang.   

Which I think is fair... Dulu isteri di rumah, suami bawa pulang rezeki hari. Sekarang isteri pun cari rezeki hari-hari, isteri pun ke pasar, isteri pun masak... camana tu? bayangkan mengangkut ayam, ikan, sayuran dan barang-barang dapur, all in one go. It's hell, take it from someone who does it on her own every other week!

Tak apa lah. Agaknya wanita zaman ini makin penyayang...

Haish, serabut. Sedang aku memilih daun ketumbar, Pura menyiku. bibirnya menjuih ke arah luar pasar. Ada pasangan muda hand in hand memilih kentang. "Tu, tu... endangered species!" 

Aku tergelak. Ah, rupanya adik aku pun perasan situasi di parking lot. Melihat pasangan macam ni, normally aku pasti ngomel, get your own room!  Tapi, dengan perang perasaan aku pagi ni, such views were a welcome sight. Sedang aku asyik meneliti, Pura menyiku aku lagi. 

"How long do you think before he'll go extinct?" 
  

7 comments:

Shana said...

Haha. You know what, I was thinking about something similar to this today. Being independent is hard work. Sigh.

Anonymous said...

mmg lah...kalu plot graf, kerajinan lelaki sekarang semakin menurun....actually bukan salah kami...fakor-faktor luaran yang tidak dapt di elakkan. dalam kata lain, kami bukan menjadi malas, tetapi bagi kami kurang macho menjadi rajin.

Ala, mcm ais dikutub utara selatan jadi cair sebab global warming..pastu efec cuaca tak menentu, plus berbagai pollution....bumi seolah kene cancer.

Atau macam badan kene AIDS, abis sistem immune lumpuh atau hampir collapse....dan mula weaken dan mati mungkin sbb radang pulmunori.

COMPLEX kan....itu lah terjadi pada kami. So bukan salah kami sangat hal ini semmua terjadi.

Eh akak, entry ni ditulis tanpa niat anda berdoctrine feminist kan?

Anonymous said...

kamu merefer endangered species sbg lelaki lembut ker?

jika ya, itu salah satu threat kepada kami juga..

Nurhidayati Abd Aziz said...

Ahaha, I miss this kind of conversation with you sis!

lyana sidek said...

hajar je yang x rajin wat keje tu...hehe.

bab2, buat keje ni ayah saya rajin skit kak, smpai sy plak yg jadi malas. contohnya kalau ada banyak pinggan mangkuk pas jamuan ke apa, sy dengan malasnya akn cakap "aboh basuh pinggan aci dop?".hehe. ayah sy akan jawab "tinggal je la, kekgi aboh basuh" yeah!!! tapi, ayah saya memang suka benor basuh pinggan. kalau hari kerja ayah sy yang tolong jemur baju...hehe.sebab sy yg gosok baju ayah saya! give and take..

-kak long yang rajin tp kadang2 malas- kuikui

Anonymous said...

saya lepas kawin nak amik tugas fulltime cuci baju ajer, tapi mesin basuh masih VITAL!!!!

owh, Tuan suka watak Eric Bana dalam Romulus, my father......(walaupun dia gila dalam tu, tapi dia mmg lelaki sejati lah)

Opie said...

@ Shana

Yup it is.. where are all the good men when you need them?? =P

@ Tuan

1. Jiwa lilin takkan boleh berdoktrinkan feminism.. I'm just writing everyday observations! ^^

Tapi, bila baca penjelasan tuan, terasa seperti lelaki itu penuh dengan alasan.. Do men understand the concept of cause and effect?

2. Endangered species here refers to lelaki yang rajin dan kisah! ^^

3. Tuan, tak semua baju boleh basuh dengan mesin, terutamanya pakaian wanita. I wonder what happens then.. =P

@ Ati

Then come home soon... T-T

@ Nurul

Betul2! Ada je lelaki yang rajin dan baik hati. Cumanya, bab nak mencari tu la. Tah kat mana menyorok tah! XD

Rasanya, adik2 kesayangan akak semuanya rajin2.. ^^