23 Jun 09
Pagi itu tidak seperti biasa. Tidak indah seperti selalu. Dlm bersiap2 untuk ke lab, ada suasana yg riuh di luar. Sy fikir mgkn pendaftran pelajar baru bermula tapi sebaliknya. Namun, hati saya berkata ada yg aneh berlaku. Siap bertudung dan disapa rakan yg tinggal berhadapan bilik. Mukanya cemas dan gugup. Katanya "ada student terjatuh dr tingkat atas." Aku mula menggigil. "Dia dah meninggal. Dia jatuh kat tempat parking motosikal." Saat itu, aku mula memegang kuat tangan kanan yg terasa seakan kebas. Saya budak penakut. Semua orang tahu akan itu. Aneh, pada masa itu hati menjadi berani untuk melihat dan ingin tahu. Perlahan2 sy melangkah ke arah tangga. Sesampai saja di situ, sy gugup pabila mata sy memandang tepat pd jasad arwah yg ditutupi kain batik. Badan sy bertambah kuat menggigil dan jantung berdegup sangat laju. Tangan kanan yg tadi mula kebas terasa menggeletar.
Saya tidak dapat menceritakan dengan detail bagimana rupanya kerana pada saat ini sy sedang berusaha untuk memadamkan ingatan itu. Sy jadi tidak selesa kerana kejadian ini berlaku di kolej yg saya duduki. Lebih tidak best, hal ini berlaku di blok yg sy tinggal.
Setelah beristigfar beberapa kali, sy teringat kembali tujuan pagi itu. Sy perlu ke lab. Beg dan kunci kereta dicapai dengan cepat aku menuruni tangga. Aku terpaksa menggunakan tangga yg dekat dengan jasad arwah itu kerana itulah satunya laluan untuk turun ke bawah. Belum sempat sampai ke level bawah, telinga sy dapat menangkap satu suara. Suara perempuan menangis. Sangat sayu tapi perlahan dan sekejap. Namun, tiada sesiapa yg berdekatan dengan saya. Sy kuatkan hati dan berserah segalanya pada Yang Maha Esa. Langkah makin laju.
Tiada apa yang akan berlaku ke atas diri kamu (baik atau buruk) tanpa izin Allah.
Di bawah blok, ramai orang berkumpul. Bermacam ekspresi muka. Polis, forensik, pihak yuu key emm. Sy mahu cepat ke lab. Cukup lah dengan apa yg dah sy nampak dan dengar. Sy akan lebih tenang jika tidak berdekatan. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui kenapa dan bagaimana.
Al-F atihah.
10 comments:
al-fatihah utk arwah.
al-fatihah.
how're you doing ann?
@mun
thanks mun for ur support. i really need that.seriously.
yeah! i'm the wonder woman!!
@yati
tangan kanan sy msh menggeletar. tp insy allah sy ok.
trauma. ann ok tak? seram plak sy baca..
erm...Shana guna account mana?
ann, kalau senang2 di hujung bulan julai insyaAllah akan sampai ke sana.nak jumpa ann n kak opi leh x? cuti bulan julai kena beku. tp kalau dh hujung bulan tu insyaAllah boss consider kot.
shana, sy still xleh ada account tuk blog btb ni. hehe.
ann, hati2 dgn lembaga~ isk2
minna-san!
@shana
sy ok dah. jgn riso. biasalah terkejut.
@nurul
bolehh..mai la dtg sini.rinduuu kat nurul.
@luppi
lembaga tu yg kn berhati2 ngan sy. ngehehe
bismillah,,,,
salam ann, my sista.....how are u?
oohhh aawk dok satu blok ngan arwah?
takpe...cuba awak amalkan ruqyah (jampi)...ada kitab ruqyah yang dijual.amalan ruqyah ni adalah berdasarkan sunnah ar Rasul...ada yang untuk pelindung diri.nak ubat diri kalau sakit...nak hilangkan kesedihan...+ macam-macam lah,
moga ALLAH bagi kekuatan kepada awak...selalu lah baca Al Baqarah. kalau rasa sedikit malas pasang surah Al Baqarah....thru laptop...
'ala kulli hal take care...wa fi amanillah,
wassalam
al-fatihah...
Post a Comment