Tuesday, August 28, 2007

Ahlan Wa Sahlan, Nahnu Sa'eedan Bi Quduumikum

Ramadhan dah dekat, jom kita bersiap-siap untuk ramadhan kali ini. Perbanyakkan amalan sunat, berjihad untuk qiyamullail, hiasi diri dengan akhlak yang mulia.. supaya nanti bila dah masuk ramadhan, hati kita dah sedia untuk ditarbiyah...
gunakanlah, gunakanlah, gunakanlah kesempatan pada ramadhan kali ini dengan sebaik-baiknya. moga-moga ramadhan kali ini milik kita sepenuhnya. kerana, ramadhan yang akan datang belum tentu masih menjadi milik kita..
Ya Allah, temukanlah kami dengan ramadhan yang akan datang dalam keadaan kami berkesempatan untuk melakukan ibadah padaMu dengan kesempurnaan, ketaqwaan, dan kecintaan. temukanlah kami dengan lailatul qadr.
Ya Allah, permudahkanlah urusan kami untuk mendidik hati kami, hati kedua ibu bapa kami, hati adik-beradik kami, hati ahli keluaraga dan sanak saudara kami, hati guru-guru kami, hati sahabat-sahabat kami dan hati mereka yang berada di sekeliling kami dengan penuh kasih sayang keranaMu.
Ya Allah cinta hati kami,
Sungguh kami cinta padaMu...
*nasihat terutama untuk diri sendiri yang lemah jiwa

Wednesday, August 15, 2007

Hubungan Lelaki dan Perempuan (2)

Hubungan Lelaki dan Perempuan (2)

Tut,tut,tut,tut..

1 message received.
“ jangan lupa qiyam malam ni..”

1 message received.
“esok kita puasa sunat sama-sama ya..”

Adakah wujud istilah cinta kerana Allah sebelum perkahwinan? Berdasarkan dua contoh sms di atas yang mana satukah kalian rasa dua jiwa yang bercinta kerana Allah? Atau sms di atas cuma ‘dosa berulam pahala’? (frasa ‘dosa berulam pahala’ ini dipetik daripada saifulislam.com)

“ Kesenangan dunia yang paling baik ialah isteri yang solehah. Kalau engkau melihat kepadanya, maka engkau merasa gembira, dan kalau engkau berpergian maka ia menjaga nama baikmu” (Muslim dan Ibnu Majah)

“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” (Ar-Ruum:21)

Dalam hadis dan firman Allah di atas, jelas sekali disebut “kesenangan dunia yang paling baik ialah isteri yang solehah”, bukan awek, girlfriend, atau makwe yang solehah. Dan juga disebut “bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri”, bukan awek, girlfriend, atau makwe dari jenis kamu sendiri. Dan juga disebut, “dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan” bukan di antara pakwe dan makwe, atau boyfriend dan girlfriend….

Inilah antara rahmat yang disebut di dalam al-quran yang Allah telah berikan kepada kita hambaNya. Rahmat untuk kita menyalurkan fitrah pada cara yang betul. Inilah betapa kasih dan sayangnya Allah pada kita, memberi kesempatan untuk kita merasa kesenangan dunia dengan menanamkan perasaan mawaddah dan rahmah dalam hati suami dan isteri. Maka siapakah kita untuk membelakangkan Allah?

Cinta itu indah…cinta itu fitrah…
Namun, cinta yang halal dan sah hanyalah selepas
perkahwinan.

Sebagai manusia biasa, tidak dapat tidak memang kita akan jatuh hati atau mempunyai perasaan pada seseorang. Tapi, sebelum tiba masanya dan selagi kita belum bersedia untuk membina baitul muslim, kuatkanlah diri dan bermujahadahlah untuk menepis perasaan-perasaan itu. Lawanlah bisikan-bisikan perasaan itu dengan sepenuh kekuatan yang ada. Mujahadah itu tidak lama…
Dalam waktu bermujahadah itu, tingkatkanlah kecintaan pada Allah, perbaikilah peribadi, suburkanlah akhlak yang mulia, tanamkanlah sifat-sifat terpuji dan kerahkanlah sepenuh tenaga untuk islah dan dakwah. Moga-moga keperibadian yang tinggi, akhlak yang mulia, dan sifat-sifat terpuji itu dapat kita jadikan modal untuk membina baitul muslim yang diredhai.

Sesungguhnya tulisan ini benar-benar dan sungguh-sungguh ingatan yang terutama untuk diri sendiri… Sekali lagi, tulisan ini benar-benar dan sungguh-sungguh ingatan yang terutama untuk diri sendiri…sebarang teguran untuk tulisan ini amat dialu-alukan. diri ini cuma sedikit ilmunya. segala yang baik itu datang dari Allah jua. dan maaf juga atas unsur-unsur ke'poyo'an yang melanda tulisan ini. maaf, maaf, maaf..


Hati ini rindu..
Namun, rindu ini palsu..

Kalau kita tidak bercinta, kalau kita tidak berkenalan, tidak ber’sms’, berborak di telefon, keluar sama-sama, macam mana kita nak mengenali hati budi pasangan kita? Inilah antara soalan yang ditanya oleh teman-teman sekeliling dan diri sendiri sewaktu zaman ‘jahiliyah’ dahulu. Jadi, bagaimana ya?

Bersambung…






Monday, August 13, 2007

Hubungan Lelaki dan Perempuan (1)

Terlebih dahulu, ucapan maaf didahulukan andai tulisan ini mengguris hati sesiapa, menimbulkan sebarang rasa yang enak atau kurang enak di dalam jiwa, atau mungkin tulisan ini dianggap kolot, kuno, ‘pudor’ atau sebagainya. Maaf, beribu maaf didahulukan. Ini cuma satu pandangan dari jiwa sendiri yang lemah dan dari ilmu yang sedikit dalam diri. Sesungguhnya tulisan ini benar-benar dan sungguh-sungguh ingatan yang terutama untuk diri sendiri…

Ikhtilat (Percampuran) Lelaki dan Perempuan Menurut Islam

Keberanian dan kepeloporan adalah pelengkap akhlak dan sifat utama seorang pemuda, sedangkan adab dan sifat malu adalah kecantikan seorang pemudi yang paling utama. (Mustafa Luthfi al-Mantfaluthi)

Ketika di matrikulasi, sedikit sebanyak saya belajar dan faham mengenai hubungan lelaki dan perempuan menurut Islam. Masing-masing dalam diri, mengakui fitrah yang ada. Fitrah untuk memiliki teman hidup. Sementelah pula, kita semua akan menghabiskan pengajian sedikit masa lagi. Saya tidak maksudkan matlamat utama selepas pengajian adalah mendirikan rumahtangga. Apa yang saya maksudkan ialah setiap dari kita pasti terfikir atau merancang untuk membina rumahtangga walaupun ia bukan perkara utama. Dan apa yang akan saya luahkan di sini bukanlah cara-cara untuk membina rumahtangga, cuma sekadar berpesan agar fitrah yang ada tidak disalurkan tersalah cara. Sekali lagi, tulisan ini benar-benar dan sungguh-sungguh ingatan yang terutama untuk diri sendiri…

Saya yakin bagi kawan-kawan yang sedang menjalin hubungan atau pernah menjalin hubungan dengan berlawanan jantina secara serius, pasti menginginkan hubungan itu berakhir dengan perkahwinan. Tapi, pernahkah kita terfikir, adakah hubungan yang kita bina itu benar di sisi Islam, atau adakah ia redha di sisi Allah?

Salah satu perkara yang paling asas dalam sistem sosial Islam adalah hubungan di antara lelaki dan perempuan. Hubungan yang sahih dan sihat antara lelaki dan perempuan dapat membawa kebahagiaan kepada masyarakat, manakala hubungan bebas antara lelaki dan perempuan di luar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Islam akan membawa kehancuran kepada masyarakat (Abu 'Urwah, 1992). Oleh kerana itulah Islam sangat menitikberatkan pembinaan baitul muslim atau institusi keluarga yang luhur dan bersih yang mana hati-hati setiap ahli keluarga itu disentuh dengan Islam, disentuh dengan redha Allah sebagai matlamat utama. Dan usaha untuk membina keluarga yang luhur dan bersih ini perlu dimulakan sebelum perkahwinan itu sendiri. Institusi keluarga dalam Islam sangat penting kerana ahli daripada institusi keluarga itulah yang akan keluar kepada masyarakat dan menentukan jatuh bangunnya sesebuah masyarakat itu dan menentukan tertegaknya agama Allah di muka bumi ini.

Islam menganggap perkahwinan sebagai sebahagian daripada amalan kebajikan, amal soleh dan ibadah kepada Allah (Abu 'Urwah, 1992). Jika perkahwinan itu adalah ibadah dan amal soleh yang akan dipersembahkan kepada Allah, maka muqaddimahnya juga perlu penuh keberkatan dan pengharapan untuk mendapat redha Allah. Persoalannya sekarang, adakah berpacaran, keluar berdua-duaan, ber’sms’ secara rakus dan tidak penting, bergayut di telefon berjam-jam, ber’email’ tanpa tujuan adalah muqaddimah kepada perkahwinan yang penuh keberkatan?

Kebaikan itu ialah elok budi pekerti. Dan dosa itu adalah apa yang bergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa di lihat oleh manusia kepadanya. (Riwayat Muslim)

Jika kita benar-benar inginkan kebahagiaan yang berkekalan daripada sebuah perkahwinan, maka ingatlah bahagia dan tenteramnya sesebuah perkahwinan itu datangnya dari Allah. Apakah kita meletakkan harapan bahawa Allah akan membantu kita kekal bahagia jika awal-awal lagi kita sudah membelakangkan Allah?

Sekali lagi dinyatakan, tulisan ini benar-benar dan sungguh-sungguh ingatan yang terutama untuk diri sendiri…bukanlah niat mahu menyatakan diri ini baik atau tidak pernah berbuat salah. Sungguh pesanan ini moga membuahkan rasa kasih dan sayang sesama kalian. Jika kalian tidak menyayangi diri ini sekalipun, maka diri ini tidak kisah andai rasa sayang yang ada cuma bersifat satu hala. Bagi diri ini, biarlah al-suqut ‘alaamatu al-ridho (diam itu tanda setuju) dipraktikkan pada tempat yang sepatutnya sahaja. Sama-samalah kita berpesan-pesan pada kebenaran. Wallahua’lam.

Bersambung…


Tuesday, July 24, 2007

Cinta Hati

Sabda Nabi s.a.w yang dirindui dan dicintai:

“ Mata itu mengalirkan air mata dan hati itu berdukacita. Tetapi kami tidak akan mengatakan (mengucapkan), melainkan apa yang diredhai oleh Tuhan kami.”
(Bukhari & Muslim)

Sejauh manakah hubungan kita dengan Allah?

Melalui hari-hari dalam hidup, memang kita tidak dapat lari dari masalah. Masalah yang perlu diselesaikan, bukan dilupakan tanpa penyelesaian. Dalam tidak sedar atau sedar mungkin kita pernah merungut, mengeluh, marah atau tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Kita selalu meminta…. Meminta urusan dimudahkan, meminta hajat ditunaikan, meminta bantuan disegerakan. Dan sebagai hamba Allah, sudah tentu semuanya kita minta padaNya. Tapi, apakah yang telah kita berikan pada Allah sehingga kita mahu segala yang diminta diberi? Apakah pengorbanan yang kita lakukan kepada Allah untuk segala rahmat yang mengelilingi kita setiap detik? Apa tidakkah kita malu untuk terus meminta sedangkan kita tidak memberi apa-apa?

Wahai saudara-saudara seiman yang dikasihi, jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Ingatlah bahawa kita tidak punya apa-apa di dunia ini. Semua yang ada bukan milik kita. Hatta diri kita sendiri juga bukan milik kita. Setiap sendi yang digerakkan, setiap titis darah yang mengalir, setiap degupan jantung, setiap kelipan mata, setiap langkahan kaki…maka yang mana satukah milik kita?


Hati ini terkedu
Mulut ini membisu
Mata ini jadi kaku


Ya Allah, Tuhan yang aku berada di bawah kekuasaanMu
Janganlah Engkau lepaskan tanganMu dariku


Hanya padaMu tempat aku bergantung
Hanya padaMu tempat aku berharap
Hanya padaMu tempat aku mengadu
Hanya padaMu tempat aku pautkan hatiku
Hanya padaMu tempat aku melepaskan reash gelisahku


Aku mohon padaMu
Aku pinta padaMu
Aku rayu padaMu


Ya Allah cinta hatiku
Jangan Ya Allah
Jangan sekali-kali
Engkau gelincirkan hatiku, setelah Engkau berikan hidayahMu
Penuhkan hati ini dengan rasa cinta dan rindu padaMu
Ya Allah cinta hatiku
Sungguh, aku cinta padaMu


Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Surah Al-Baqarah:186)

Di manakah Allah di hati kita?

Thursday, July 19, 2007

Grad Dinner: Latest Update

Message from senior:

Friends,

Grand Season dah bagi quotation for dinner. The cheapest
menu is RM60++, which include soto ayam, bread rolls and butter, 4 types of
salad, thousand island, french and italian, panfried fillet of snapper with
mustard dill cream, mashed potatoes, chicken curry, sotong sambal, mutton kurma,
fried beancurd, stewed vege, fried meehon n fried rice wt ikan bilis. 5 types of
desserts n coffee/tea. Then if u want cordial, additional rm5 per head. Parking
rm4 1 car. so if sape2 rasa ok, please let me know or shahida abu samah. ok.. we
have to pay deposit to grand season by 31st july. Thanks. any idea please let me
know.


So, you guys going?

Wednesday, July 18, 2007

dinner dak2 grad

msg from rha aka noraini : kita akan buat dinner on 25th august, 8.30pm.. tempat so far yg ada dalam list grand season hotel dgn victoria station. so see la, which one is ok. ko tlg bgtau batch ko ok, arshana, pojan, kak sofi, isma, seetot, hidayati, yg pakai spec tu yg selalu dgn nurul, aku tak ingat nama la, amirullah.. ok, ko tlg bgtau diorang then pls confirm b4 august. nak jemput HOD dgn DEAN sekali. TQ. noraini. 0192444662.

Monday, July 02, 2007

An Envoy Among Us

It is an honour to say, for all of us, that among our batch, one of us has managed to achieve something of such grandeur status....

*drum rolls please*

Nurhidayati Abd Aziz has been chosen as one of the Bayer Young Environment Envoy 2007 and was further selected as one of the two that would be sent to Germany for a week long trip engaging in various environment related programs!

Congratulations! We're proud of you. :)

To top it off, this was even featured in the papers. Do check here, here and here.

p/s: Sorry for the late post. Been busy.