Wednesday, August 13, 2008

Tertekan

Boleh tak kalau aku taknak jadi RA kat UKM?

*sigh* dua tiga hari kebelakangan ni, benda tu je la yang berenang-renang kat dalam minda aku…

Kekadang aku rasa cam mengada-ngada. Dah diberi peluang, nak tolak plak. Bukannya benda tak elok. Dari segi pengalaman dan preparation untuk masters di FRIM nanti, RAship ni sangat membantu. Lagipun, supervisor aku dah chayo tahap cipan supaya aku dapat the best training (a.k.a dengan supervisor dia dulu la..) Jadi, siapa la aku untuk menolak.

Pernah tak bila orang bercerita sesuatu kat kita, kita pun kata dalam hati, InsyaAllah, tak jadi kat aku…? Dulu masa Ann bercerita tentang UMT, aku bersimpati. Tapi sebab bukan batang hidung aku yang kena, reaksi aku cuma setakat ‘berat mata memandang’ je la. Tapi la ni, bila dah terkehel hidung sendiri…

Isnin lepas, dengan berkobar-kobarnya aku ke UKM (bertemankan Myvi baru mama ^-^). Hajat di hati nak settlekan RAship, pastu berjinak-jinak dengan supervisor baru. Starting kat lobby fakulti, aku dibawa berjumpa penyelia projek. Orangnya tinggi, gelap dan serious. Aku rasa cam nak lari, tapi... Anyway, kat situ lagi dah rasa tak sedap hati. Katanya, aku belum boleh jadi RA sebab aku belum tamat belajar. Padahal, dalam permohonan dah aku sertakan surat dari KOS yang certify aku ni dah grad by confirmation of the senate… Kut tak faham bahasa inggeris tu, tak tau la plak...

Things got worse bila penyelia bawa aku jumpa supervisor. Awalnya, she seemed nice.. Sampai depan bilik dia, aku tinjau dia ada discussion dengan student. Aku diminta tunggu di ruang legar. So, aku pun tunggu la.. lima minit, sepuluh minit, lima belas, tiga puluh... Aku dah mula rimas. Dah pukul dua belas setengah, pukul satu aku ada appointment. So aku decide untuk pergi tunggu depan bilik dia.

The hall to her room was small and under construction.. there was dust and debris everywhere. Aku cari kerusi yang agak mulia, aku duduk berdepan dengan pintu. Dalam aku menunggu camtu, aku dapat dengar conversation dalam bilik dia. Nak kata discussion pasal benda penting, bunyinya macam bersembang.. Aku tingkatkan kesabaran. Semua yang lalu hall tu terpinga-pinga tengok aku. Aku rasa cam nak ketuk pintu; aku takut dia terlupa. Tapi, tangan aku tak tergerak. Lima belas minit dia keluar. Agak terkejut tengok aku tercegat depan bilik. Dia teragak-agak; aku pakat diam.

“Er, I have some students with me right now… why don’t you tunggu I kat depan sana. Are you in a hurry?”

Aku berdiri. Nak tak nak aku terpaksa beritahu dia yang aku ada errand lain selepas tu. Serta-merta mukanya menjadi 'kurang manis'. Agaknya dia expect jawapan yang lebih kepada that’s okay, my time is not important.. Dari body language nya aku tahu dia upset. Nada suaranya berubah. Tetiba je, “So bila you boleh start? Quickly! Sebelum puasa I nak settlekan semua. Time is money, you know!”

Berderau darah aku bila dengar. Aku datang jauh-jauh semata-mata nak jumpa dia.. Pendek cerita, sambil berdiri-diri depan ofisnya, dia minta email dan nombor hp aku. Suruh aku contact dia ASAP bila dah sedia. Yang paling sedih, dah nak tutup pintu baru teringat nak tanya nama. Sedang aku recite nama penuh, pintu pun rapat... Cukup la aku rasa macam sampah.

Haish..

Kalau ikutkan hati,
Aku nak baring dalam perahu dan hanyut terus dalam arus sungai Tahan..
Aku nak berenang kat Lubuk Tenor, nak bagi ikan makan tiap-tiap hari...
Aku nak main canoe, dimana untuk menggerakkannya aku hanya perlu menyanyi...
aku nak makan masakan Dabang, dan dengar petikan gitarnya yang sangat best sampai ke pagi...
Aku dah penat, aku nak rehat (walaupun hakikatnya aku tak mula pun lagi...)

*sigh* Orang kata, home is where the heart is. Kalau camni la, aku rasa aku kena tukar alamat...

15 comments:

Nurhidayati Abd Aziz said...

Oh, dearest...

You know the reason why I ran so far away from there, right?

How I wish it's easy to just make you drop everything and come here instead.

The hard fact that I have to accept even when I got here, is that no matter at what angle I'm seeing my beloved Malaysia from, sadly it's never something I'm proud of.

Hopefully we will never forget, we will never forget why we get so upset sometimes, why we get so fired up sometimes...

So we will never be like those we're so frustrated about.

I missed those conversations we always had late at night.

Bertahan, sis!

izra said...

Uhuhu K.Opie...sedihnya....I wish I could help you...Bila dtg cabaran mcm ni, baru rasa yg kehidupan masa zaman kita kat UIA dulu lebih mudah. Sebab, dulu no matter what happen, no matter how hopeless life may seem, we always have each other. We always work things out together. And, we still have each other now. Be strong K.Opie!I'm always with you..We're always with you...Chayo, chayo K.Opie!

Shana said...

First off, saya rasa kagum dgn BM kak sofie. Akak slalu ckp BM akak lemah tp mantap seh.

And more importantly, hang on kak sofie. Mmg susah pun. There's nothing in life that's easy. Saya pun dh byk kali rasa nk give up, but I don't know what kept me going. Maybe it was HYDE. Nah, just kidding. :p

Just hang in there! We're all here for each other! :D

Anonymous said...

@ kak opie,

akak, stop minat sciece, do something like journalism, tulis something tentang science - if nak relate gak.
language akak memang mantap!!

huh, sebab tu saya benci birokrasi, sbb tu saya tak suka M*s*ia, sbb tu saya jelik bela deal dengan sikap orang yang nak kingdom2 nih,

lect tak profesional lah.


sedap seh dabang masak,
haish, ingat free ker naik sampan ??
hahahhaha

Opie said...

@ Semua

Uhuhu... thanks so much for the support! Luv you guys and i miss you to bits.. T.T


@ Ati

Yeah, i miss those 'a.m. discussions' too.. There is one thing i luv about Malaysia: I met 9other people I could finally keep as friends ^^


@ Moon

I wrote this entry as a red flag.. Tengok, tetiba je dah ramai supporters dah! =P Knew i could count on you guys..


@ Shana

i'm hanging on shana, god knows I'm hanging.. tergantung tahap siamang dah ni.. XD

(shana tau tak siamang tu ape??)


@ Tuan

Journalism? tak sesuai. Nanti banyak sangat komplain..

Dabang masak sedap sebab kebersihan dapur dia gred A..

Haish,

sampan di-offer lewat petang,
di tepi air siap menunggu,
seronok mendayung tak lagi seorang,
Saja tuan tak mahu mengaku..

hehehehe...

luv you bro! ~.^

Shana said...

Siamang tu monyet ke? Cam cipan? Hahaha... No, I'm serious. Siamang tu monyet kan?

Opie said...

@ shana

Ye, siamang tu monyet. Another name would be ungka.
(tho, I don't know if you know what ungka is iether.. XD)

Shana said...

Ungka tu yg buat bunyi 'uu uu uu'. Btl tak?

Opie said...

Arshana, semua jenis monyet buat bunyi camtu... XD

Anonymous said...

@ arshana

dia bunyi

wooop....wooooooooop....woooooop

ha, that it!! cuba practice sambil mencangkong atas sofa?

Haish :p

lyana sidek said...

mula2 baca entry kak op, berderai2 air mata.harap2 xde orang nampak. sedih seh (pinjam style shana jap) dengar orang buat kat akak macam tu... huh! tapi bila baca komen korang pasal bunyi siamang, etc tu gelak2 sampai kuar air mata. dah jadi air mata lain pulak~ lawakla wei, jangan la buat lawak macam ni lagi. shana, bunyi nya lebih kurang "uu uu uu", woop woop tu x sure la. dulu memang kawan baik ngan siamang kat kuantan. jiran sebelah bukit je. mun pun sama~ mun yang kenalkan saya ngan diorang....

Shana said...

Uuu.. uuu.. uuu...

Opie said...

@ Nurul

Haish, apsal nangis... Bunyi jer teruk tu, akak sebenarnya ok je, bley handle... NO worries!

Oh, mun pun kenal gak kuarga siamang blakang mahallah tu ek. ingatkan akak sorang...

@ Shana

Uuu.. uu.. uu..

that somehow remind me of owls rather than monkeys. And I think owls fit you better.. =)

Shana said...

But I'm not nocturnal. Mreow! :p

izra said...

nurul lyana,tak sangka awk bongkar rahsia saya kat blog ni!hahahaha
Ya,mmg saya kwn baik siamang2 kat blkg mahallah tu.igt tak nurul,kalau kita tgh borak2,mesti diorg menyampuk.padahal kita dah byk kali warning,"Jgn menyampuk,Mang.Duduk situ diam2..."