Thursday, June 23, 2005

Kita jadi model bioteknologi tani AS

Daripada MOHD. RIDZUAN MD. OMAN


PHILADELPHIA 22 Jun - Amerika Syarikat (AS) berhasrat menjadikan Malaysia model negara bioteknologi pertanian yang berjaya di Asia Tenggara melalui kerjasama penyelidikan pertanian antara kedua-dua negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, hasrat itu boleh dicapai melalui program pertukaran saintis dan pelaksanaan projek penyelidikan pertanian secara bersama yang akan dijalankan nanti.

``Melalui program itu, saintis Malaysia berpeluang mempelajari kepakaran dari saintis bioteknologi pertanian AS serta menggunakan kemudahan penyelidikan termaju dunia di negara itu, begitu juga sebaliknya,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani surat hasrat menjalin kerjasama penyelidikan pertanian antara kerajaan Malaysia dan AS sempena Persidangan Bioteknologi BIO 2005, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, kerajaan AS diwakili oleh Setiausaha Bahagian Penyelidikan, Pendidikan dan Ekonomi, Jabatan Pertaniannya, Dr. Joseph J. Jen.

AS merupakan negara yang giat menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian melalui agensi penyelidikannya, Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian (ARS) yang mempunyai 12,000 saintis dengan penyelidikan di 106 lokasi.

Jamaluddin berkata, mengikut perancangan, empat saintis dari kedua-dua negara akan menjalankan penyelidikan secara pertukaran dalam tempoh setahun yang menyaksikan saintis negara berada di AS dan sebaliknya.

``Program ini akan dilaksanakan sebaik sahaja kerajaan kedua-dua negara menyelesaikan urusan dokumentasi perjanjian itu dan menandatanganinya yang dijangka mengambil masa sembilan bulan ini,'' katanya.

Jamaluddin berkata, kementeriannya telah mendapatkan khidmat nasihat daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mencadangkan kerjasama itu boleh dilakukan melalui Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) serta Universiti Putra Malaysia :(

Katanya, kerjasama itu akan menjimatkan kos penyelidikan dalam membangunkan teknologi biopertanian kerana saintis Malaysia tidak perlu memulakan projek dari peringkat asas tetapi menyesuaikan penyelidikan yang ada di AS untuk dilaksanakan terhadap produk pertanian negara.

``Sebagai contoh, mereka telah mempunyai teknologi meningkatkan ketahanan buah epal dan kita boleh menggunakan teknologi yang sama untuk dilaksanakan terhadap tanaman tempatan dengan melakukan sedikit penyesuaian,'' tambahnya.

Jen yang juga saintis pertanian terkenal di AS berkata, kerjasama itu mampu memberi faedah kepada kedua-dua negara kerana saintis Malaysia dapat mempelajari teknologi penyelidikan terkini di negaranya dan sebaliknya.

``Saintis AS dapat memperoleh kepakaran Malaysia dalam penyelidikan tanaman yang diusahakan di Malaysia seperti kelapa sawit, getah dan buah-buahan tropika,'' katanya.

ps/ Suka jika dapat exchange tech. Tapi aku nih skeptism dengan US.

3 comments:

Nurhidayati Abd Aziz said...

Menarik hajar, tp yati just go through je tak baca detail pun.

Nurhidayati Abd Aziz said...

why would you be sceptical about US? care to share a thought with us?

Shana said...

Genetically altered soy beans or natural?

Yeah, Malaysia is listed as one of the top ten country with rich biodiversity in the world. But due to lack of money, expertise and the technology, which is also purchased with money, there's no way to develop 'em. And sometimes it is monopolized by some Westerners when they come to these countries. E.g. When they find a new strain of bacteria which can help in medical terms, they patent it. So, the people of that country cannot use it.