Wednesday, December 21, 2005

mengenali cita-cita terpendam anda

assalamualaikum semua! setelah agak lama membuat kajian akhirnya saya rasa sudah sampai masanya saya menerbitkan hasil kajian saya. hasil kajian ni adalah dari apa yang saya lihat, bukan dari dengar2 cakap orang atau sumber2 yang mengarut. mungkin lepas ni korang akan sedar kelebihan masing2 yang terpendam dan seterusnya merealisasikan cita-cita terpendam tu.....

Mun: mun suka menyanyi dan penyanyi kegemarannya tentu sekali kumpulan nasyid Zulfan dan Barbara Streisand(mun ada pengalaman manis ngan nama Barbara Streisand) . jadi saya fikir dia nak jadi penyanyi agaknya. pastu sejak akhir2 ni dia macam berminat nak jadi pengacara rancangan A-R-T attack dan selalu jugak pegi website seorang hero korea (nama dirahsiakan)...

Che Ann: saya amat yakin satu hari nanti Ann boleh jadi jurulatih taekwondo. kalo korang nak tahu, Ann sangat pakar melakukan aksi taekwondo especially "side kick". kalau tak caya, suruh ar dia demonstrate.

Sitot: sitot pulak suka sangat mendengar, melihat, dan mendekati kaset2, tak pun cd2 "minus one"....mungkin dia minat nak bukak kedai kaset dan cd "minus one" bila dah abis belajar nanti. kot-kot lah.

Yati: semua orang tahu dia nak bukak kedai buku. tapi ramai yang tak tahu dia sebenarnya minat jugak nak bukak recycling center. sebab, tiap kali saya tanya" yati, barang2 macam ni biasanya yati simpan kat mana?". yati akan jawab sambil tersengih "yati suka buang je". bila saya tanya lagi pada hari yang lain dan untuk barang2 lain, dia tetap akan jawab masih lagi sambil tersengih "yati suka buang je". jadi sudah terang lagi bersuluh inilah cita2 terpendamnya..membuka sebuah recycling center.

Arshana: fuh! sangat sukakan lagu2 jepun yang agak rock. bila saya tanya kenapa, ini yang dia selalu jawab "Janji rock!". dia jugak tak leh berpisah ngan dia punya MP3. mungkin dia akan bukak kedai MP3 agaknya. saya rasa dia berkira2 untuk namakan kedainya "Kedai MP3 budak2 comel"

Kak Opie: mula2 agak susah jugak saya nak kenal pasti cita2 terpendam kak opie. tapi bila saya perhatikan betul2 bila kitorang sebut pape pasal French, kak opie akan menyatukan kedua2 tangannya dan meletakkannya di bawah dagu sambil berkata" Akak sangat suka French food", matanya juga bersinar2. jadi saya agak kak opie teringin sekali nak bukak restoran makanan Perancis.

Isma: saya dan isma selalu mengurat, maksud saya mengarut. kami selalu berangan nak jadi orang kaya, jadi datin, jadi businesswoman yang berjaya seantero dunia. cita2 kami memang tinggi. namun demikian, apa yang saya perhatikan isma selalu berangan nak bukak kedai emas dan zhulian. dia memang minat habislah. ari tu dia dah fikir nak namakan kedainya "Kedai Emas dan Zhulian (Isma & anak2)". jgn marah ye saya pecahkan rahsia awak. kami pun agak suka mengorat sebenarnya... especially ngan pak cik2 bas UIA sebab takut kena tinggal. kalo kena tinggal nanti kena jalan kaki.huhu~

sekarang nak cakap pasal budak laki pulak. kalo pasal budak laki ni saya tak pasti sangat. sebab tak rapat sangat ngan diorang. tapi ini hasil pemerhatian saya...

amer: selalu cakap pasal jadi student ni tak leh blajar aje, kena bersukan jugak. itulah ayat biasa dia. mungkin dia nak jadi ahli sukan kot

hajarfauzan: hajar sangat suka bergosip dan mencipta gosip2 baru.(tapi dia budak baik). saya rasa satu hari nanti dia mungkin boleh jadi hos untuk ranncangan "Tanya Hajar" tak pun "HF Live". sejak akhir ni saya dapat tahu dia tengah diet. bagus, bagus.

Lutfi: yang ni saya tak berapa tahu sangat. sebab kami jarang sekali berkomunikasi. kalo cakap pun pasal nak balik kampung. Contoh soalan yang ditanya:
1) balik bile?
2) balik nge mende?
sebab kami duk satu negeri. cuma dia duk kat bandar saya pulak duk kat pedalaman. rumah dia dikelilingi pantai, rumah saya pulak dikelilingi sawah2 padi yang menghijau.(pompuan memang suka cakap panjang2). jadi saya tak tahu apakah cita2 terpendamnya.

sekian sahaja untuk kali ini. Harap2 korang tak kecik ati kalo ada tersalah bahasa. ni semua apa yang saya rasa. dan tak semestinya betul. cuma kalo rasa korang memang ke arah cita2 yang disebutkan di atas, korang boleh berusaha dari sekarang. sekali lagi mintak maaf ye.
ni semua dihasilkan sebab dah tak larat nak tulis esei ungs.
oklah, semoga jumpa lagi!

9 comments:

Shana said...

Wah. Hebat la Nurul. Tak sangka plak saya under observation selama ni. Sebenarnya saya nak dok kat lab je. Kedai mp3 budak2 comel tu side business je kot. Nanti says usahakan.

lutfi lukman said...

seingat-ingat saya laa...saya memang takde cita-cita terpendam pun...

izra said...

wah,nurul mmg awk bakal saintis yg bgs!data2 awk agak accurate saya rasa.awk jgn lupa.new year nnt kte kena promote album baru kte,gengster al-qaryah:the new beginning.jgn lupa praktis lagu,"my culture,your culture".nnt sumbang plak masa show kat berjaya times square nnt.by the way,igt lg x,kte kan penyanyi grp gengster al-qaryah =)sy dah invite dr.yusuf ali utk lancarkan album baru kta nnt.

Ann said...

amboi..bukan main bold lagi word "side kick" tu.sabar je lah. anyway saya memang masuk taekwando masa muda2 dulu. cuma sekarang dah kurang aktif.tulang reput.

Nurhidayati Abd Aziz said...

Recycling center, uih - that suits me perfectly well as an Environment Biotech student ain't it?

Though it's more like Pusat Pelupusan Sampah - because I don't keep junks, I throw them away. Just like memories... (Haha~ Macam mana boleh masuk sentimental nih)

Cita-cita terpendam nurul? maybe Isma & Mun will answer that, but if you ask me - I think Nurul wants to operate an aerobic centre in the future, or yoga perhaps. :p

Shana said...

Saya xnak la buka Kedai mp3 budak2 comel. Saya nak buka Kedai mp3 untuk budak2 comel. Mwahaha...

nurul said...

@shana
bagus2 rasanya bukak kedai mp3 untuk budak2 comel lagi best dari bukak kedai mp3 budak2 comel. boleh kita selalu usah budak comel nanti. "eye contact"

@ahmad lutfi
cita2 terpendam tu maksudnya tuan punya badan tak tahu. tapi orang di sekelilingnya tahu. jadi lutfi tak yah penat nak mengingat cita2 terpendam tu. sebab memang lutfi tak kan ingat pun.

@isma
sabor isma, sabor! jgn gelabah. isma jgn pulak buat kajian pelik2.saya dpt rasakn kalau awk buat kajian musnahlah masa depan saya. mungkin saya terpaksa tukar kat "Lim Kok Wing University". lagi satu, jgn buat gabungan tenaga ngan Mun. gelaplah masa depan saya.tidak!

@mun
ok mun, set! saya dah siapkan cover album kita. cuma nak cari syarikat rakaman yang sesuai je. weekend ni cuti 4 ari kan? bolehlah kita pi.:)

@Ann
takpe Ann, istilah2 yg digunakan dlm ni certain org je yg faham. sshh....ni rahsia kita.

@hajar
time kasih sebab bagi pangkat licik kat saya. nanti jgn lupa jemput sy tau hajar...sy akn ingat ni sampai saya tua.

@Yati
oh, yati. saya taulah saya ni bersaiz XXXL. takpe.... nanti kalau saya fit nanti.tengoklah nanti.......:>

oklah kawan2...sebenarnya entry ni bknlah semata2 pasal cita2 terpendam. tapi maksudnya lebih mendalam. cuma ianya difahami oleh orang2 yg tahu terms yg digunakan...segala salah silap harap maaf...hihihi.kalau ada kajian terbaru saya akn publish lagi.

Shana said...

Akan publish? Kat New Scientist, Nature atau Biotechnology Letters? Heh.

izra said...

@arshana
kat sciencedirect la,arshana......hehehe

@nurul
nak pi pkl bape weekend ni?jgn lupa pakai baju yg vogue!