Wednesday, July 09, 2008

Graduation


The new name of this blog made me think, hey how come no one spoke about graduation yet? So I shall and try not to bore you to tears in the process.

Our convocation will be on 24 August 2008 (coincidently it's my brother's birthday & 2 days after Isma's). Like I've mentioned a gazillion times to you guys, we're having mortar hat this year. Yipee! Sorry, but I think all those Western movie do have an effect on how you perceive certain things in life. For me it was no mortar hat no convocation. Plus, I heard we're getting new robes.

The rental for the robe is still unannounced. Maybe it's free. The picture package costs RM35 and includes 3 pieces of photographs with varying size. We're not allowed to take pictures in the hall, so we don't really have a choice but buy the package. Bummer.

There's gonna be a CD containing the entire convocation program. Each costs RM20. My suggestion is all of us just share and buy one & then we burn a copy for each one of us. Brilliant huh? :D

I can just imagine how we will all be in a photography-frenzy, snapping pictures until the batteries die out. The only thing missing would be Yati. Yati, if you can make it, make it 'k. :)

Oh, by the way, you guys interested in going for the post-convo dinner? Jomla... Dulu kan tak sempat join seniors. Yes? No? Maybe?


My pathetic attempt of Photoshop-ing mortar boards on all of us. Hey, at least Yati's in it.

Happy Convocation dear friends! And congratulations! Those four years were worth it.

p/s: Click on the picture for a clearer (and bigger) image.

Tuesday, July 08, 2008

Hye folks..

Hari-hari kerjanya....

Melihat-lihat calender mencari-cari bila waktu akan sampai weekend. Atau kalau-kalau ada hari yang boleh berlibur. Tetapi, selalunya Tuan hampa. Hari CUTI adalah hari untuk BEKERJAYA. Itu definisi Tuan dalam setahun dua yang mendatang. InsyaAllah.Nyata, Allah itu adil. Ada BISA, lawannya PENAWAR. Ada juga kawan-kawan dan saudara jauh yang sudi mengubat luka anak perantauan. TAERIMA KASIH KAMU.

Hari-hari kerjanya....

Menunggu e-mail. Menunggu jawapan dari UMP. Peringkat university sudah lepas. Yang dirisaukan pada KPT. Come on lah kerajaan, gua bukan nak gi oversea pun!!!!! USM Kubang Kerian jer, bukan Oxford. Janganlah kedekut sangat walau gua tak pangkah lu dalam PRU lalu. Sorry emo sket.

Hari-hari kerjanya....

Constant readers:
1. Apa barang gua belum dapat kad kawin Isma??? Rasa terpinggir siot!
2. Di maklumkan lagi, Tuan Caracol mengalami masalah kewangan sekarang, maklumlah, gaji probation untuk beberapa bulan ni ialah RM625 (selepas ditolak KWSP). Jadi talian 0192419677 telah diterminatekan. Sebarang "perhubungan" boleh diteruskan melalui 0139156946. Terima kasih.

Thursday, July 03, 2008

Hari-hari kerjanya...

Mencari supervisor yang cukup mantap untuk projek Masters; Berborak dengan hopefully-soon-to-be field supervisor Dr. Christine Fletcher; Memburu apa saja scholarship yang ada di atas muka bumi.

Hari-hari kerjanya..

tertanya-tanya pada diri: betul ke apa yang aku nak buat ni? Is this the best choice for me? What if it doesn't lead me to where I want to be? Will I succeed?

Hari-hari kerjanya..

Bershukur diberi peluang bersaing dengan kawan-kawan, dan diletakkan atas haluan yang lebih mendekatkan diri kepada dream career. Alhamdulillah.

Haish.. hopefully things will get better from here on out. I'm exhausted from trying to keep being positive. But, I will count my blessings. I know others have had worser times than me. Like Ati and Ann and Arshana and Nurul and Isma and Mun and Sitot and Pojan and Luppi.. They've worked so hard and still managed to keep their heads up high all the way.. And now it's my turn.

Aja! Fighting!

Thursday, June 26, 2008

Hello Peeps!

It's been a really long time since I wrote an entry in BTB. Anyhow, I thought I would shake things up a bit. The truth is, I kinda missed you guys. :)

Isma, Yati minta maaf sebab tak dapat bersama on your special day. I know it was not right, please forgive me? Yati nak minta izin dan restu Isma before I leave for Sydney, mohon maaf atas segala salah dan silap dan halalkan makan minum. Even if we won't meet anytime soon, hopefully we can send each other off with dua' in our hearts. Selamat berbahagia, dear friend!

To everyone, selamat menempuh alam baru! Tak kiralah alam bekerja, alam belajar, alam perkahwinan, alam ibu bapa (ops, terlajak pulak :p), I wish you all the best of times and happiness!

Tuesday, May 20, 2008

May 19th

Hari-hari kerjanya...
Melemparkan senyuman manis pada PA Dean
Pastu tanya, " KJ ada? ada hal sket nak bincang."
Jika KJ ada, makna nya wujudlah sesuatu yang bermanafaat. Jika tidak...

Syukur. Segala nya berjalan lancar walaupun otak tak berapa lancar. Untuk Master, UKM menjadi pilihan. Luar negeri terpaksa dilupakan hatta tiada restu ibu. Alahai...

Permohonan sudah dihantar. Tunggu tawaran. Meeting cuti belajar dan biasiswa. And here i come!

From Food Biotechnology to Postharvest Biology and Technology. Sounds bad huh? I'm going to agriculture.

Live ur life as an academic fellow wasn't great. Trust me. The only job is to find a place to continue ur study. Duration is 6 months. Things that matter is the salary. Not bad.

As long as u're an academic fellow, not allowed to involve in lecture, marking paper etc. How B.O.R.I.N.G! i love meeting with people a.k.a students

Circumtances are different. When u're no longer a student, people treats u just like u're adult enough to handle it. Smart enough to solve it. Sounds harsh but this is academic people life. I begin to understand.

Last week, i had a meeting with TNC (Tim. Naib. Caunselor). Told to finish the postgrad study as fast as u can, get married and have child as many as u can while u're still young and as a researcher and a lecturer three matters have been points out:

Mengajar. Menyelidik. Menulis.

And for me, whether u publish or perish. heh

Just can't believe it. Dare enough?

Monday, May 05, 2008

5th May 2008

What if
What if I was the rain
Would I be able to connect to someone's heart
Like the rain connects the never-intersecting sky and earth..

~drowning me~

Tuesday, September 04, 2007

Hubungan Lelaki dan Perempuan (3)


Islam tidak menolak fitrah untuk berpasang-pasangan. Malah fitrah ini diatur begitu indah dalam islam. Cumanya, ramai yang berpandangan tidak mungkin keserasian dicapai tanpa perkenalan dan percintaan yang mendalam. Namun, ramai yang terlepas pandang dalam Islam ada taaruf dalam tempoh risik dan bertunang... taaruf yang menjadikan syarak sebagai panduan.




Dulu pernah terfikir, kalau tidak berkenalan mana mungkin mahu mengenali hati budi pasangan? Tapi terfikir juga apakah kita benar-benar akan mengenali hati budi pasangan dengan bercinta sakan? Lantas terfikir lagi... apakah sebenarnya keserasian yang di cari dalam diri pasangan?



Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat. Perkahwinan tidak cukup dengan cuma berbekalkan perasaan suka atau berkenan yang ada. Keserasian dalam agama itulah yang penting. Kefahaman dan kesedaran tentang tujuan perkahwinan yang sebenar, kesedaran bahawa perkahwinan bukan sekadar menjauhkan diri dari maksiat, bukan sekadar memenuhi fitrah. Ia lebih dari itu... oleh itu, bila telah mempunyai perasaan atau berkenan pada seseorang, kendalikanlah ia dengan iman. Tanamkan sifat malu yang tebal dalam diri. sifat malu yang boleh menghalang dan mencegah. malu untuk berdua-duaan, malu untuk bergayut, malu untuk ber'sms' dengan rakus, malu, malu, malu...



Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
" Malu dan iman itu adalah teman seiring sejalan. Jika yang satu diangkat, nescaya terangkat pula yang satu lagi" (Hadis riwayat Malik)

"Sesungguhnya bagi tiap-tiap agama itu ada ciri-ciri kesusilaan. Maka untuk Islam ialah sifat malu"

"Malu itu baik semuanya" (Hadis riwayat Bukhari)

Malu lambang keimanan dan kesusilaan....

Jadi, apa yang perlu dilakukan apabila hati telah bertemu dengan seseorang untuk dijadikan teman hidup? Atau, apakah usaha yang boleh dilakukan setelah menemui calon idaman hati?


Apabila situasti di atas telah berlaku, maka dua situasi ini wajar difikirkan:

1) Jika diri belum bersedia untuk berumah tangga


  • jangan terlalu dilayan perasaan yang ada, bermujahadah dengan bersungguh-sungguh untuk melawan bisikan-bisikan syaitan.

  • sibukkan diri dengan kerja islah, dakwah dan kerja-kerja yang berfaedah.

  • berusaha untuk memperbaiki diri sendiri menjadi seorang yang lebih baikdan lebih dekat dan lebih cinta pada Allah dan kekasihnya Rasulullah saw.

  • jauhkan diri dari mereka yang anda berkenan atau sukai sejauh mungkin bagi mengelakkan sebarang fitnah (cubaan) yang dibimbangi sukar untuk ditepis.

  • jangan risau yang bukan-bukan dan tak perlu. sebagai contoh risau jika mereka yang anda sukai jatuh ke tangan orang lain, etc... berdoalah dengan penuh keyakinan pada Allah. dan yakinlah dengan sepenuh keyakinan. jika niat di hati menjaga hubungan untuk menjauhkan diri daripada kemurkaan Allah, menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia, Allah akan menolong hambaNya satu hari nanti. Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. sentiasalah berbaik sangka denganNya.
  • jangan putus asa dalam berdoa kerana doa juga satu usaha.







2) Jika telah bersedia untuk berumah tangga, situasi yang mungkin menyusul ialah


  • Jika belum ada calon di hati, maka boleh meminta ibu bapa yang mencarikan, kawan-kawan yang dihormati atau ditua-tuakan, dan juga orang tengah yang dipercayai.

  • Jika sudah mempunyai calon di hati, boleh meminta ibu bapa dan orang tengah yang dipercayai untuk merisik. atau bagi lelaki dan perempuan yang mempunyai keberanian yang luar biasa, maka bolehlah melamar sendiri.


Seterusnya bolehlah diteruskan ddengan aturan-aturan yang selanjutnya. yang pasti, pada setiap peringkat aturan, hubungan lelaki dan perempuan hendaklah dijaga dengan penuh mujahadah sehingga tiba saat ijabkabul.



“Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari).


Firman Allah dalam surah An-nuur:32-33 yang bermaksud:

"dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-0rang yang soleh dari hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada merekadari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."

"dan orang-0rang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya..."




oleh itu, pandulah kehidupan dengan keimanan dan ketaqwaan yang jitu. yakni keimanan dan ketaqwaan yang menyebabkan kita sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan hukum Allah.


jika masing-masing fahan tujuan dan erti sebenar perkahwinan, insya Allah tidak akan timbul persoalan hati budi yang belum dikenali sepenuhnya sebelum perkahwinan. Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya. itu janji Allah.


perkahwinan merupakan medan untuk masing-masing memberi, memberi, dan memberi. kerana apabhila masing-masing memberi maka masing-masing juga akan menerima, menerima dan menerima. perkahwinan bukanlah satu pengharapan kepada sebuah kesempurnaan dalam diri pasangan. syukuri kelebihan yang dipunyai, redhai kekurangan yang menghiasi, dan tegurlah kesalahan dengan penuh hikamah dan kasih sayang. sabar, sabar, dan sabarlah kerana Allah. kerana sabar yang dibina kerana Allah pada tempat yang sepatutnya tidak akan ada hadnya...

"seorang wanita hanya untuk suami yang telah ditentukan oleh Allah untuknya, dan seorang lelaki hanyalah untuk isteri yang ditentukan oleh Allah untuknya"

"seorang wanita bukanlah umtuk dikagumi atau dibanggakan oleh semua lelaki. cukuplah dirinya membawa ketenangan dan ketenteraman kepada suaminya"

Sebagai penutup, jalanilah hidup ini dengan ajaran islam yang syumul. Jangan hanya tahu menjaga hubungan lelaki dan perempuan tapi masih mengumpat, masih berhasad dengki, masih berdendam, masih menderhaka pada ibu bapa, masih menyakiti hati manusia lain, masih, masih, masih... Islam adalah ajaran, panduan, aturan hidup yang sempurna dan indah. Bukan perca-perca kain yang diambil bila diingini dan dibuang bila dibenci...

segala tulisan siri Hubungan Lelaki dan Perempuan ini ditulis berpandukan:

1) buku-buku karangan Ust Maszlee Malik, Ustazah Hamidah Mat, Saudari Fatimah Syarha, Abu 'Urwah dll
2) kuliah-kuliah yang disampaikan oleh Ust. Zaharudin Abd Rahman, Ustaz Maszlee Malik, Bro ShahKirit, Saudara Pahrol Joui, Ustazah Nik Isfadhiyah, Bro Norazman dll
3) tulisan-tulisan dari blog Ustaz Hasrizal, Saudara Muhtar Suhaili, dll
4) artikel-artikel dari majalah ANIS dan i.







Ingatan terutama untuk diri sendiri, sungguh-sungguh untuk diri sendiri. Yang baik datang dari Allah jua. sesungguhnya diri ini juga berbuat salah. jika ada salah dan silap harap ditegur dan dimaafkan.

Sekian, Salam Ramadhan. Moga tarbiyah Ramadhan kali ini kekal hingga hujung nyawa.