Wednesday, February 22, 2006

A magic of thinking big :p

Ilustrasi penulis (merangkap pelukis) tentang idea belon yang dipasangkan pada kenderaan bermotor dan corong-corong kilang.

Dulu,
Masa zaman kanak-kanak, Fauzan selalu takut bila tengok Dokumentari Majalah 3. Apa tidaknya, pada masa tu, Majalah 3 selalu buat pendedahan tentang kerosakan alam sekitar yang disebabkan aktiviti-aktiviti manusia yang terlalu ghairah mengeksploitasikan sumber asli negara. Isu-isu seperti Greenhouse Effects dan Penipisan Lapisan Ozon kian menjadi dan selalu bermain difikiran. Dalam usia 9 atau 10 tahun tersebut, kapasiti pemikiran Fauzan adalah sangat terbatas, tambahan lagi, selalu disogok oleh kakak-kakak dan abang dengan cerita-cerita yang mengaitkan tentang kemusnahan alam dengan tanda-tanda akhir zaman. Fauzan jadi sangat takut.


Dalam ketakutan itu, Fauzan selalu berfikir cara-cara yang paling sesuai untuk menyelamatkan alam sekitar yang kian musnah. Akhirnya tercetus satu idea. Ideanya ringkas dan mudah.Tidak memerlukan kos yang tinggi, dan paling penting, ia mungkin dapat membantu meningkatkatkan kualiti udara dan pada masa yang sama dapat menyelamatkan udara dari terus tercemar. Setiap kereta atau corong-corong dari kilang perlu dipasang dengan belon yang sangat elastik. Oleh itu, gas-gas yang beracun tidak akan terbebas ke udara dan terus terperangkap dalam belon tersebut.


Dengan rakus, terus menyuarakan idea tersebut pada abang dan kakak-kakak. Peliknya, Fauzan terus digelak dan diperlekeh. Dalam hati, Fauzan terus bermonolog penuh kekecewaan. Apatidaknya, Fauzan dituduh saintis gila!


Sekarang,
Fauzan sedar. Memang idea masa kecil dulu sangat katun dan lawak. Baru terfikir, apaynag bakal terjadi sekiranya belon-belon elastic tersebut mengembang dan terus mengembang. Sudah pasti, bumi yang sudah kecil disebabkan saiz populasi yang semakin bertambah akan terus sesak dengan pertambahan saiz belon-belon yang yang semakin bertambah. Jadi memnag patutlah Fauzan di perlekeh dulu.


Baru-baru ini, idea lama yang telah terkubur telah timbul semula. Sedang asyik study Environmental Biotechnology pada satu malam, fauzan tertarik dengan satu approach yang digunakan untuk merawat bahan pencemar iaitu melalu biofilm. Ideanya lebih kurang sama dengan idea belon, tetapi lebih sofistikated. Biofilm ialah satu lapisan kompleks yang mengandungi "campurization" (sila sedar yang "campurization" adalah perkataan baru yang telah di reka) of bacteria yang digunakan untuk merawat bahan-bahan pencemar.


Hati menjadi sedikit berbunga-bunga, dan perasaan teruja dengan diri sendiri semakin membara-bara. Terus bersyukur dan sedar, yang idea yang bodoh seharusnya tidak perlu diperlekehkan. Dan orang yang dihina sebab idea yang bodoh tidak perlu terus merendah diri. Sila sedar yang idea atau ilham adalah petunjuk dari Allah yang Maha Kuasa dan Bijaksana. Kita patut bersyukur. Dengan sedikit modifikasi, idea yang dianggap bodoh akan menjadi sangat berguna, jika tidak sekarang, mungking sutu hari nanti.


NOTA KAKI:


1. Biofilm forms when bacteria attach to surfaces exposed to water, and begin to excrete a slimy, glue-like substance. Colonies of biofilm bacteria carry out a variety of detrimental or beneficial reactions that affect all of us daily.


2. ARSHANA, idea saya tentang cara-cara untuk mendapatkan vaccine AIDS/HIV tidak perlu dihebahkan kepada orang lain. OK??

No comments: