Tuesday, February 07, 2006

A Late Morning.

Alamak..habislah aku! Itu perkataan yang terkeluar dari mulut bila aku terjaga dari tidur. Jam di handphone menunjukkan 6.18 pagi. Janji dengan Mun pukul 6.30 dah tunggu kat main gate Hafsa. Arghh..macam mana nie? Aku tak mandi lagi, tak solat subuh lagi, tak gosok tudung lagi, baju tak kemas lagi. Memang kelam kabut masa itu yelah bayangkan macam mana aku nak settlekan semua tu dalam masa kurang dari setengah jam.

Dengan segala kelajuan yang ada, aku terus mandi, gosok tudung dan kemas baju dengan ala kadar. Dalam hati aku berdoa supaya Mun tak jadi naga berapi kerana menunggu aku. Masa tengah nak bersiap, Mun miscalled. Alamak..maknanya dia dah tunggu kat main gate. Jam sudah pukul 6.32 pagi. Huh..cepat2 aku bersiap. Tengah dalam bersiap tu, hati aku rasa tak best. Aku tertinggal sesuatu yang penting. Buku applied ke? Nota food chem ke? Bukan..bukan...hati aku beritahu.

6.35 pagi, Mun called terus. Aku kata tengah bersiap walhal aku tak siap sepenuhnya. Suaranya macam kami dah tertinggal bas putra. Memang pun. Aiyaa..tiket masa bas Melaka 8.00 pagi. Ikutkan rasa nak cepat memang aku tak nak fikir apa yang aku tertinggal. Tapi, benda ini macam paksa gak aku ingat apa yang aku terlupa. Astagfirullah...aku tak solat lagi rupanya. Mun dah miscalled kali kedua. Hati dah berbelah bagi nak pergi terus atau solat dulu? Aku memang dah betul2 lewat. Kalau lambat aku terpaksa beli tiket baru dan Mun pasti akan kelam kabut dengan waktu tiketnya. Sama ada tunaikan hak tuhan atau janji? Aku rasa macam dah terdesak lantas teringatkan pesan arwah ayah. Aku pun solat subuh dulu.

Dalam pukul 6.45, aku turun dengan hati bimbang aku kena beli tiket baru. Bas putra dah lepas, Mun kata. Ada teksi tak? Aku tanya. Pagi2 buta ni mana ada teksi, Mun jawab. Ye tak ye. Aku terlupa. Ishh..confirm sampai Pudu lambat. Kami senyap je kat bus stop Hafsa. Yelah salah aku. Bangun lambat padahal aku tido awal. Bas putra yang kedua pasti lambat lagi. Dalam hati aku berdoa agar segalanya berjalan lancar. Kurang dari lima minit aku nampak sinar harapan. Fuhh…dah sampai pun bas. Sepatutnya lambat lagi. Ehh…awal pulak bas ni datang selalunya lambat nak mampus. Syukur…7.45 pagi kami dah sampai di Pudu. Selamat duit aku.

Dalam bas ke Muar, aku terfikir andai kata aku tinggalkan solat subuh dengan alasan aku dah sangat terlewat adakah sama kesudahannya dengan aku tunaikan solat subuh sedangkan aku berjanji tidak akan lewat? Emm..something to think about.

p/s: Mun sorry arr..masa tu memang tido mati tak dengar pun bunyi jam loceng . Seharian kita meronda KLCC, petang tengok Kal Ho Na Ho sampai meleleh air mata, malam plak bantai tengok cd How To Lose a Guy in 10 Days. Hari yang ‘penat’, I guess…hehheh

8 comments:

Shana said...

Mmg dugaan. Nasib baik Ann buat pilihan yg betul.

lutfi lukman said...

hmmm...pengajaran yg bagus. I'll definitely remember this one!

Ann said...

@arshana
sy doa supaya sentiasa akan buat pilihan yg betul.It's sure hard to decide right choice.*generally*

@lutfi
the greatest lesson for me too.

izra said...

oh ann.aku tak jadi naga berapi pun,jgn risau.aku risau bila aku dah naik bas ke jb, kau plak kena 'berkampung' kat pudu tu waiting for the noon bus to melaka hahahaha next time,never hesitate.do things that u are obligated to do first.tiket bas boleh dicari, tapi tinggal solat subuh just for the sake of not being late to catch a bus is not at all acceptable.kalau aku jadi 'naga' pun,impaknya tak sama dgn kemarahan Allah,kan?

nurul said...

a friend of mine pun selalu pesan

letakkan solat pada tempat pertama dalam jadual harian, letakkan zakat pada tempat pertama dalam jadual perbelanjaan, letakkan syariah islam pada tempat pertama sebagai panduan hidup...dan yang paling penting letakkan Allah kemudian rasulnya pada tempat pertama dalam hati kita...

Ann said...

@mun
tapi aku pun takut kalo kau marah.hehe

@nurul
ustazah,saya insaf. insya allah saya akan ingat pesanan ustazah.

@nurul (dari isma)
e'eleh... thiqah la kunun...
tapi i insaf gak laa...
# eh, dah beli album ramli sarip kan? Ayah saya nak pinjam. Ekeke..

nurul said...

ada pulak panggil ustazah Ann ni. tak sesuai......i ni rock n roll.

album ramli sarip yang latest tak beli agi ar.kalau i dah beli nanti i bagi ayah u pinjam.don wory.
rock, rock jugak.akhirat jangan lupa.ok, wa cau dulu.yeah,yeah!
(jd kurang betul skit 2-3 hari ni Ann, nk examlah katakan)

Ann said...

hoho..saya pernah dengar isma kata
"kat bilik ngaji tapi kat luar kelas nyanyi lagu ramli sarip" huahua...tak pe nurul,nilai iman bukan sepenuhnya pada luaran tapi yg penting hati.