- Lemak yang boleh membuat 7 ketul sabun. (jimat duit…)
- Karbon yang boleh membuat 7 batang ‘rosos’ (saya sendiri pun tidak tahu apa itu rosos)
- Fosfor yang boleh membuat 120 kepala mancis.
- Garam magnesium sekadar layak diminum satu kali untuk melawaskan buang air besar (saya blurr tapi hahaha…)
- Kapur simen yang cukup untuk memutihkan satu petak reban ayam (saya tak pasti seluas mana)
- Besi yang boleh digunakan untuk membuat sebatang paku sederhana besar.
- Kibrate yang cukup untuk menyucikan satu kulit anjing daripada kutu2 di bulunya (kucing pun boleh rasanya…)
- Air sepuluh gelen.
Al-Quran telah memberi penjelasan dengan lengkap tentang kejadian manusia iaitu daripada tanah. (Al Hijr, 28-29) korang check sendiri la nanti lagipun bulan puasa dapat banyak pahala.
Menurut kajian Ali Mutawi, manusia mempunyai 92 unsur seperti yang terdapat dalam unsur2 bumi. Kandungan unsur yang terdapat dalam tubuh manusia adalah mengikut kadar tugas yang diperlukan oleh tubuh, umpamanya kalsium dan fosforus berfungsi sebagai anasir pembentukan tulang. Kandungan unsur bumi terdapat dalam diri manusia kerana manusia makan hasil bumi sejak dari kandungan lagi. Tak caye? Sayur kangkung goreng yang korang beli kat café tu sebenarnya tersusun daripada unsur2 tanah yang diserap secara langsung dari bumi. Apabila manusia makan, berpindahlah unsur2 tanah ke tubuhnya. Apabila manusia, haiwan dan tumbuhan mati, semuanya hancur dan bertukar menjadi unsur2 yang asal dan akan kembali ke tanah. Conclusion nya hidup kita ni macam pusingan. Apa yang kita peroleh hari ni akan dipulangkan kembali. Mudah-mudahan Ramadhan ni, memberi makna kehidupan sebenar dalam diri kita.
No comments:
Post a Comment