apa benar2 berpuasakah kita?
Ramadhan yang datang ini disambut gembira..
syukur masih bernafas, syukur kerana ramadhan ini masih jadi milikan
walau tak pasti, mampukah ramadhan jadi milik diri hingga hujung nanti
walau tak pasti, mampukah mata ini terbuka sampai hujung ramadhan nanti
atau mungkin esok bukan milikan lagi....
tak siapa yang tahu,itu semua rahsia.
dalam gembira, terselit juga rasa gundah di hati, rasa serabut di kepala,
walau dalam gerak yang nyata nampak biasa-biasa, walau dalam gerak yang nyata nampak semuanya sempurna.
rasa takut dan sunyi itu kadangkala melanda...
betapa hati manusia susah nak diduga
semoga Ramadhan ini memberi sesuatu yang bermakna,
sesuatu yang dapat dibawa hingga hujung nyawa...
terfikir juga, betapa susah jadi manusia. mahu saja jadi cacing, mahu saja jadi burung, kerana mereka tak perlu fikir syurga, neraka.tak perlu fikir dosa, pahala. bukan tidak bersyukur jadi manusia..
Ya Allah, kuatkanlah hati kami, hambamu yang lemah dan hina.
1 comment:
Apakah maksudnya, di bulan puasa ni sekiranya anda didatangi perasaan yang tidak diundang?
Post a Comment