i'm not so good in english.....
Santap tengah hari 10 ogos langsung tawar dan pahit usai mendengar laporan dari sitot. Hati terasa agak goncang, agak suam, sesuam air coklat cenkudu (keluaran SURECO) yang diorder dari kafe engine… entah kenapa saya dan kawan2 kurang disenangi…terasa agak sedih sebenarnya. Kami dituduh “skema”. Agak kurang senang dituduh begitu. “ Biasanya orang tak suka kat kita sebab dia jeles ngan kita” tiba2 isma bersuara setelah nasi putih separuh berlaukkan ikan kelinya habis berpindah ke dalam perut. “ Tapi, apa yang kita ada sampai diorang jeles?kita bukan jelitawan, kita bukan hartawan, kita bukan jutawan”.mun yang baru aje sampai dengan ati pulak yang luahkan kata. Ati cuma diam,malas nak fikirkan sangat katanya. Saya mula mengelamun… Entahlah, biarlah apa yang mereka nak kata. Yang penting lepas ni kita jangan pulak bermasam muka semasam cuka. Setelah 3 bulan di rumah, banyak yang saya belajar, banyak sekali sebetulnya. Menadahkan telinga pada kebanyakan ahad malam untuk menuntut ilmu, memberi saya sejuta kekuatan. Ditemani pula buku “jangan bersedih”tulisan Dr. ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni yang ditolongbelikan oleh kawan saya Fauzan, waktu pesta buku tempoh hari. Namun, terdetik bimbang di hati, bimbang kerana makin kita cuba jadi yang lebih baik, makin kuat dugaan mendatang. Saya bimbang andai dugaan itu tak dapat saya tentang. Takut rasanya menjadi penumpang kepada pemandu yang bernama nafsu dan syaitan. Jadi, pada kawan2 yang saya sayang, jadikanlah kritikan tajam sebagai satu penghormatan. Kerana, sedangkan Allah acapkali mendapat cacian, sedangkan Allah seringkali dilupakan, sedangkan Allah selalu saja lupa untuk disyukurkan, inikan pula kita, manusia yang sudah pasti banyak kesalahan, yang sudah pasti banyak kelemahan. Balaslah kritikan tajam mereka dengan akhlak yang mulia… lamunan saya terhenti semerta bila terdengar suara mun menerjah telinga. “nurul, saya dah habiskan air coklat cenkudu awak!” “takpelah mun, saya memang suruh awak habiskan tadi”
skema pun skemalah..............................wallahua'lam.
1 comment:
Tulah, diorg tu memang macam kanak2 tadika. Biarla. It's just a small matter. We are skema! There, I admit it.
Post a Comment