Saya hendak membawakan satu kisah tentang seorang teman yang tidak redha dengan kejadiannya ini. Teman saya itu seorang yang dilahirkan lembut-maksud saya dia seorang lelaki tetapi pergerakannya lembut mengalahkan perempuan. Pada waktu itu saya masih menetap di Alor Gajah. Ibunya merupakan kakak angkat kepada ibu saya. Hubungan kami sangat baik sehinggakan ketika ayah meninggal dunia dialah orang yang paling banyak memberi dorongan kapada ibu saya. Dia ada seorang anak lelaki yang berumur lewat 30-an. Biar saya namakan dia F sahaja.
Satu hari F telah datang kepada saya dan bertanyakan soalan yang berbunyi begini, “Along (nama gelaran saya), di mana keadilan Tuhan. Aku dilahirkan tidaklah lelaki, dan tidaklah perempuan. Aku di tengah-tengah.”
Sudah tentu saya terkejut beruk mendengar pertanyaan demikian. Yelah teman saya tu seorang Islam, yang dilahirkan dalam keluarga Islam. Seharusya dia sudah tahu tentang kekuasan Allah untuk melakukan apa sahaja sekehendakNya terhadap ciptaan-ciptaanNya.
“Alamak…apa aku nak jawab ni.” Saya berbisik dalam hati sambil tangan tergaru-garu kepala yang memang gatal. Lalu, apa yang dapat saya jawab? Saya jawab dengan persoalan kembali. Tanya saya kepadanya, “Mengapa tanya sampai begitu?” Jawab F, “Aku sengaja hendak tahu dimana keadilan Allah menjadikan aku begini. Padahal Dia melarang lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. Kalau aku sudah dijadikan seakan-akan perempuan sedangkan fizikal aku lelaki, sudah tentulah aku akan menyerupai perempuan dan dalam masa yang sama juga lelaki. Habis kalau aku berbuat salah, aku akan dihukum pula oleh Tuhan. Padahal aku bukan hendakkan aku dilahirkan begini. Tiba-tiba saja aku lahir sebagai lelaki tetapi juga perempuan. Aku hanya mengikut ciptaan Tuhan. Tuhan telah menjadikan aku berfikir seperti perempuan, bertindak seperti perempuan, berjalan seperti perempuan, bercakap seperti perempuan. Dalam masa yang sama Tuhan memberikan aku tubuh seorang lelaki. Mengapa?”
“Ahh…sudah. Jadi ustazah plak aku.”Saya pun bertanyalah kembali. “F, sekarang ini engkau hendak jadi yang mana satu? Lelaki atau perempuan?”
“Lelakilah,”jawabnya.
“Okey, kalau kau sendiri sudah membuat keputusan untuk menjadi lelaki, kau kena berfikir cara lelaki berfikir. Kau kena ingat setiap masa, bahawa kau adalah seorang lelaki.” kata saya.
“Macam mana? Fikiran aku perempuan.Macam mana aku nak berfikir sebagai lelaki plak?” bantah F.
“Bukankah engkau kata engkau hendak jadi lelaki tadi. Maknanya engkau pun tahu engkau memang lelaki sebenarnya,” jawab saya.
F masih tak berpuas hati, “ Habis, fikiran-fikiran perempuan ni macam mana?” soalnya lagi. Saya mula pening. “Banyak soal pulak mamat tua ni”
“Itu semua bisikan-bisikan syaitan. Syaitan sentiasa membisikkan ke telinga engkau yang engkau ini perempuan sehinggakan engkau percaya engkau perempuan. Langsung engkau pun menyalah-nyalahkan Tuhan sebab menjadikan engkau dua dalam satu. Padahal kalau engkau sentiasa berfikir secara lelaki, sebagai lelaki, engkau akan muncul sebagai lelaki. Pernahkah engkau berfikir bahawa engkau ini lelaki?”
Fuhh… akhirnya teman saya itu terdiam. Melihatkan dia terdiam saya percaya dia sentiasa berfikir dia seorang perempuan selama ini. Ini tergambar jelas melalui cara dia bercakap, cara dia berjalan, cara dia memujuk, cara dia merajuk. Saya sendiri pun tak selembut dia. Boleh pengsan.
Kata saya, “F, kau kena ingat, dalam engkau bersendirian, engkau sebenarnya beramai. Bersama engkau ada banyak lagi makhluk yang tidak kelihatan. Selain Allah yang sentiasa memerhatikan, engkau juga sentiasa diekori syaitan2.Malaikat juga sentiasa mengiringi engkau ke mana saja engkau pergi. Bukankah Malaikat Kiroman Katibin itu bertugas mencatat segala-galanya tentang engkau tanpa tertinggal satu apapun.”Teman saya itu agak lama terdiam. Barangkali selama ini F tidak pernah terfikir bahawa segala gerak hatinya dipandu oleh syaitan. Syaitan telah lama menjadi jurunasihatnya tanpa disedarinya. Barangkali dia mula berfikir, jika dia mula berfikir sebagai seorang lelaki sekarang ini, lambat laun, dia akan menjadi lelaki sejati.
Kisah yang saya paparkan ini membuktikan diri kita yang sebenar adalah apa yang kita ‘set’kan dalam minda.Setuju tak dengan saya?
3 comments:
Apahal font kecik sangat? Sakit mata la. >.<
ann, tahniah sbb ann berjaya membuatkan F 'terbetik'.Saya setuju, kita mmglah apa yg kita fikirkan.sy ada masalah, dan alhamdulillah, masalah tu mcm dah nak say goodbye berkat sy tidak terlalu menurutkan kata hati yg berjurunasihatkan syaitan.apa pun, sy doakan semoga F berjaya menemui identiti dirinya yg sebenar.....
@Arshana
sorry sbb font kecik.bmbg tak cukup space.
@maman
Thanks for ur comments.Susah sebenarnya jadi student uia.ambik sains pun orang luar pikir ambik bidang agama.langsung tanyakan soalan2 yang di luar kemampuan otak memberikan jawapan.
Post a Comment