Tuesday, August 23, 2005

Kura-kura oh kura-kura

Akibat letih pusing2 di Klaquaria ptg semlm, sy tidur agak awal. Bangun2 terus ke komputer dan sambung menyiapkan lab report tissue culture, sambil2 mendgr siaran ulangan ‘Urban di ERA’. Terasa lawak bila mengenangkan sy pernah meminati N' Sync semasa zaman remaja dulu. Sekarang, sy kira mereka sudah invalid utk saya hehehe. Tiba2, sy teringat akan satu kisah………
Usai menenangkan fikiran di Klaquaria, sy dan seorg teman bergerak ke stesen lrt secara santai. Malas mahu buru2 kerana tiada apa yg dikejar sebetulnya. Teman2 yg lain jauh meninggalkan kami di belakang. Teman sy yg ‘lapar air’ mahu singgah di Guardian tapi sy sarankan kami ke Cold Storage sahaja. Kemudian, nak dijadikan cerita, kami bertemu seseorg. Sy mengambil masa utk ‘search database’ sy, siapakah yg kami temui di kaunter membayar Cold Storage ini? Oh, ‘dia’ rupanya. Sy mula senyum2 kpd teman sy dan dia cuma gelak2. Secara jujur, sy kira ini satu kebetulan yg amat manis ( terjemahan utk ‘sweet coincidence’ tentunya). Mana taknya, bumi Allah ini luas lg, tapi di situ dan di waktu itu juga mereka bertemu. ‘Dia’ pula sy kira gembira dgn pertemuan yg tak diduga ini. Kami kemudian ke surau utk solat asar (‘dia’ dgn ‘tabahnya’ menunggu kami selesai solat) dan seterusnya ke stesen lrt utk pulang. ‘Dia’ menunggu sehingga train kami tiba dan, walau saya kira ‘dia’ mahu bercerita lg, kami terpaksa say goodbye.
Semasa kami berkira mahu beli air apa di Cold Storage, sy mengusik teman sy, “Eh, korang ada jodohlah…….” Teman sy kata sambil gelak2, “Mun la yg tentukan. Mun yg suruh kita pegi Cold Storage.” Wah, sekarang sy berbakat menjadi match-maker pula! Setibanya kami di kampus, teman sy berkata, “Agaknya kura2 tadi dgr doa kita”. Sy langsung gelak secara ‘rakus’, terbayang wajah comel kura-kura di Klaquaria yg menjengukkan kepalanya ke permukaan air. Memang, kami secara suka2 dan main2 membuat ‘hajat’ supaya bertemu jodoh yg baik di ‘wishing well’(kolam yg menjadi rumah kura2 tentunya hehe) semasa di dlm Klaquaria. Agaknya sbb itulah kami keluar plg lambat . Mujur teman2 yg lain tak jd ‘naga’ menanti kami.
Antara kura2 dan kebetulan, saya memilih kebetulan. Kebetulan yg dirancang oleh Allah. ‘Dia’ sy kira teman yg padan utk teman sy itu. Sama2 mempunyai minat yg sama dan they look sweet together! Sy memang gemar memadankan teman2 sy dgn siapa2 yg sy kira ‘sesuai’ dgn mereka. Saja suka-suka sebenarnya. Tapi, dlm kes teman sy yg seorg ini, boleh tak kalau sy kata, sy bukan main-main? Muahahahaha!!

* A portion of this story has been edited for the purpose of not creating any ‘bizarre’ situation.

No comments: