Monday, August 15, 2005

saya sudah imun!

nampaknya sahabat2 saya begitu lantang meluahkan rasa hati masing2. saya sebetulnya sudah imun dengan hal2 sebegini. pengalaman bertahun2 membantu warden mentadbir asrama sewaktu sekolah dahulu banyak menemukan saya dengan masalah2 begini. mungkin pada zahirnya saya nampak seperti tidak kisah, tetapi dalam hati Allah yang tahu. Saya kesal yang teramat.Bukankah kita umat Islam seharusnya bersatu dan mambantu satu sama lain?Ironinya, kita semakin jauh meninggalkan kebersatuan itu. Usah lihat dunia luar, lihat saja di sekeliling kita.Saya kira umur dapat mematangkan seseorang dalam menilai mana yang rasional, mana yang gila. Ya, saya anggap apa yang berlaku pada saya dan sahabat2 minggu lalu adalah satu kegilaan.Saya kuatkan diri untuk tidak membazirkan air mata. It is worthless. Very worthless. Suka untuk saya tekankan, seperti kata Isma, adaptasi memang penting tapi jangan sampai kita hilang karakter kita, jiwa kita. Tak perlu terlalu terikut2 kerana apabila kita berada dalam situasi itu, kita boleh dikategorikan sebagai hipokrit. Dan itu menakutkan.Saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak menjadi hipokrit. Kepada sahabat2, marilah kita semua saling ingat-mengingati. Renungkan pesan Kak Azzah:

Tautan hati itu amat penting kerana tautan hati itulah yang akan membuatkan kita merasa manisnya ukhuwah.

Saya percaya, jika tautan hati itu kuat, datanglah badai sehebat mana, hati2 itu akan tetap bersatu.Saya amat bersyukur kerana dalam keadaan dunia yang semakin tua ini, Allah menganugerahi saya dengan sahabat-sahabat yang kuat tautan hatinya. Sahabat2, bersabarlah kerana sabar itu adalah kunci kepada segala kekuatan.


Ralat: Rujuk kpd entry saya yg bertarikh 10/8/05, cintapucinno seharusnya dieja cintapuccino.harap maklum.

No comments: