Saturday, August 20, 2005

Lagu Untuk Is

  • Mahar Cinta

    Andainya dapat engkau mendengarkan
    Suara dihatiku melagukan rindu
    Kiranya engkau mampu mentafsirkan
    Setiap bait kata-kata yang terucap

    Pasti dirimu kan memahami
    Harapan kasih yang terbina
    Sekian lama disudut hatiku
    Hanyalah untukmu

    Bukanlah aku sengaja
    Melindungi rasa di jiwa
    Namun bimbang diri kan terleka
    Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
    Hingga terabai segala cita
    Sedang khayalan tak menjanjikan
    Segunung kebahagiaan
    Sebagai mahar hantaran

    Apakah mungkin engkau mengerti
    Setiap cinta yang dilafazkan
    Bukanlah sekadar mainan
    Tetapi sebuah janji

    Andainya dapat engkau mendengarkan
    Suara dihatiku melagukan rindu
    Kiranya engkau bisa mentafsirkan
    Setiap bait kata-kata yang terungkap

    Pasti dirimu dapat melihat
    Rahsia kasih yang terpendam
    Sekian lama di sudut hatiku
    Hanyalah untukmu
    Selamanya……

    Lagu/ Lirik: Manis Helma/ Atie
    Nyanyian: Devotees


    Is memerlukan pendapat katanya, lalu saya berikan. Saya anggap, pemuda yang kini berada di Mekah itu mempunyai niat yang baik. Saya tahu Is pasti dapat memahami apa yang cuba pemuda itu sampaikan, cuma Is tidak yakin, tidak pasti. Dengan bantuan Allah, insya-Allah Is akan tahu. Lagu ini hanyalah tamsilan perasaan pemuda itu pada Is (menurut pandangan saya tentunya). Jangan terbawa-bawa atau terpengaruh tanpa Is memastikan perasaan Is sendiri. Sekali lagi Is, ini adalah pandangan saya.

    Selama mengenali Is, inilah kali pertama saya melihat 'sisi' Is yang satu lagi. Is tidak pernah berbicara tentang soal 'ini' sebelum ini. Sekurang-kurangnya, tidak seserius ini. Is, jika dia untuk Is dan Is juga untuk dia, pasti Allah akan memberi 'hint'. Is pernah katakan kepada saya, jangan terlalu melayan perasaan. Is juga harapnya begitu kerana bimbang nanti si syaitan akan mula 'berbisik-bisik jahat'. Seorang sahabat baik saya pernah berkata, jika memang lelaki itu yang akan menjadi 'pemimpin' kita, intuisi wanita kita akan dapat merasakannya. Semoga intuisi itu dipandu oleh Allah Yang Maha Penyayang, insya-Allah.

    Nota:
    -Saya sangkakan, Is bukan seorang yang ‘jiwang’. Tetapi, saya nyata tersilap. Jangan marah ye Is!
    -Kalau Is tak faham apa yg cuba saya sampaikan, mcm biasa, kita boleh discuss from heart to heart (ceh, geli betul dgn ayat sendiri).
    -Arshana, maaf. Sekali lg ada entry yg menyimpang…..but, it’s a part of the life of the BTBs..

1 comment:

Shana said...

Sbb saya baik hati, saya maafkan. Hehe.