Thursday, November 17, 2005

When Orochimaru get bored...this happened

Ada masanya
Yang tersirat
Yang tersurat
Adalah sama

Ada masanya
Pada seronok mengejar impian
Kita terlupa
Ada kecewa selain bahagia

Ada masanya
Hati ini tersilap
Silap nilai
Silap faham

Ada masanya
Kita perlu berani
Berani untuk memulakan
Berani untuk menamatkan
Walaupun kita tahu tewas

Ada masanya
Penantian itu menyakinkan
Namun ada yang menyakitkan
Sakit yang hanya dirawat dengan masa

Ada masanya
Kita rimas dengan kehadirannya
Tak sedar kasihnya
Tak tahu cintanya

Sampai masa
Kita runsing dengan ketiadaannya
Baru sedar pengertiannya
Baru tahu pengorbanannya

November 5, 10.38 am

3 comments:

Nurhidayati Abd Aziz said...

That's very nice, Ann.

You know, sometimes an honest words can be felt by hearts. And this one, touches mine. :)

lutfi lukman said...

Why do we never know what we got till it's gone?
How could I carry on?
The day u went away.

-M2M ; The Day You Went Away-

izra said...

menyentuh hati.itu yg saya mampu kata.terima kasih kerana memahami.